Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi arah belanjawan Covid-19 $7b diagih segera

Jun 29, 2020 | 04:29 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo mengarahkan Kementerian Kesihatan negara itu pada Isnin (29 Jun) agar segera mengagihkan 75 trilion rupiah ($7.7 bilion) yang diperuntukkan untuk mengatasi wabak koronavirus, yang telah mengorbankan hampir 2,800 orang dan menjangkiti lebih 54,000 di negara itu.


Encik Joko meminta kementerian itu agar meringkaskan prosedur rumit untuk membolehkan pengagihan segera dana kecemasan itu.


“Sekiranya dekri menteri terlalu rumit, permudahkanlah,” katanya dalam mesyuarat Kabinet untuk menilai pengurusan virus, menurut The Straits Times.


“Tuntutan dari hospital mesti dibayar secepat mungkin. Insentif kepada pekerja perubatan dan kakitangan makmal juga harus diberikan secepat mungkin.”


Presiden itu, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, juga meminta agar keluarga doktor dan jururawat yang meninggal dunia akibat Covid-19 dapat menerima elaun sejurus selepas kejadian itu.


Arahan itu dibuat menyusuli satu video teguran yang dikeluarkan dalam talian hujung minggu lalu oleh istana presiden, yang menyatakan kemarahan dan kekecewaannya dengan hanya 1.53 peratus daripada keseluruhan belanjawan telah diagihkan dan mengarah Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto untuk mempercepatkan perbelanjaan.


Pemerintah itu telah memperuntukkan belanjawan tersebut bagi beberapa tujuan, dari peningkatan 132 hospital rujukan di seluruh negara ke pemberian insentif kepada pekerja kesihatan. – ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >