Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK ASEAN KE-42

Jokowi gesa Asean kekalkan perpaduan, keamanan dan terus berdaya saing

May 11, 2023 | 05:30 AM



LABUAN BAJO: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Encik Jokowi, menggesa rakan sejawatannya di Asia Tenggara untuk mengekalkan perpaduan Asean sebagai penggerak utama untuk terus berdaya saing dan memastikan keamanan di rantau ini, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.



Dalam ucapan pembukaannya pada Sidang Puncak Asean pada Rabu, Encik Jokowi menggariskan beberapa cabaran yang dihadapi dunia hari ini - "ekonomi global belum pulih sepenuhnya, persaingan kuasa utama dunia terus berlanjutan dan dinamika global yang tidak dapat diramalkan".



Encik Jokowi menegaskan Asean tidak boleh hanya menjadi penonton kepada permasalahan global.



"Ini menimbulkan persoalan: Adakah Asean akan kekal sebagai penonton, adakah Asean akan berdiam diri, dan adakah Asean mampu menjadi enjin untuk keamanan dan pertumbuhan ekonomi?" katanya.



Sidang Puncak Asean ke-42 yang berlangsung selama dua hari di Labuan Bajo, di wilayah Nusa Tenggara Timur itu dihadiri pemimpin tertinggi Asean, kecuali dari Thailand dan Myanmar, yang tidak menyertainya.



Encik Jokowi berkata beliau optimis, dengan potensi yang dimiliki rantau itu, Asean mampu menjadi tonggak kepada perdamaian dan pertumbuhan untuk peringkat global.



Kuncinya, menurut Encik Jokowi, adalah kesatuan antara semua negara Asean.



"Dengan bersatu, Asean akan mampu menjadi pemain utama dalam membawa perdamaian dan pertumbuhan.



"Kita punyai aset kuat, sebagai pusat kepada pertumbuhan, ekonomi yang tumbuh jauh di melebihi purata sedunia, demografi bonus dan kestabilan kawasan yang terjaga.



"Sehingga ke depan, Asean harus semakin memperkuat integrasi ekonominya, mempererat kerjasama inklusif termasuk implementasi ARSET (seni bina kesihatan) dan memperkukuhkan seni bina kesihatan, pangan (sekuriti makanan), tenaga dan stabilitas (kestabilan) kewangan," katanya.



Selesai berucap, Encik Jokowi terus merasmikan persidangan sebelum majlis diteruskan dengan ucapan Perdana Menteri Timor Leste, Encik Taur Matan Ruak, sebagai pemimpin pertama berucap.



Sesi sidang pleno yang diadakan selepas itu bagaimanapun diadakan secara tertutup namun difahamkan inti patinya akan dikongsikan kepada media selepas semuanya selesai.



Pemimpin Asean dalam satu kenyataan menggesa semua bentuk keganasan dan penggunaan kekerasan dihentikan segera bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang selamat dan cepat serta dialog nasional yang inklusif dapat diadakan.



Mereka turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan pada 8 Mei 2023 oleh Encik Jokowi selaku Pengerusi Asean sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas konvoi Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana Asean (Pusat AHA) dan Pasukan Pemantau Asean di Myanmar baru-baru ini.



"Kami mengutuk serangan itu dan dalangnya mesti bertanggungjawab," kata Pemimpin Asean.



Pemimpin Asean turut menyokong usaha Encik Jokowi, termasuk penglibatan berterusan beliau dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar untuk menggalakkan kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.




"Dengan bersatu, Asean akan mampu menjadi pemain utama dalam membawa perdamaian dan pertumbuhan.

Kita punyai aset kuat, sebagai pusat kepada pertumbuhan, ekonomi yang tumbuh jauh di atas serata dunia, demografi bonus dan kestabilan kawasan yang terjaga."

- Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >