Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Jokowi lantik penyokong setia dalam rombakan Kabinet jelang pilihan raya umum

Jul 18, 2023 | 02:44 PM



JAKARTA: Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, pada Isnin melantik penyokong setianya, Encik Budi Arie Setiadi, sebagai Menteri Komunikasi dan Penerangan Indonesia yang baru dalam rombakan Kabinet menjelang Pilihan Raya Umum 2024.


Encik Budi – sebelum ini Timbalan Menteri Desa, Pembangunan Wilayah Tertinggal dan Transmigrasi – mengetuai Projo, sebuah organisasi sukarelawan yang menyokong Encik Widodo sejak 2014. Beliau menggantikan bekas menteri komunikasi Encik Johnny G. Plate, yang sedang dibicarakan kerana rasuah.

“Kes rasuah tidak seharusnya menghalang usaha kita untuk membina BTS atau stesen pangkalan transceiver (menara yang menghubungkan peranti mudah alih ke rangkaian Internet), di seluruh Indonesia kerana ini adalah perkhidmatan awam, terutama kepada rakyat Indonesia yang tinggal di sempadan dan wilayah kurang maju,” kata Encik Jokowi kepada wartawan selepas mengumumkan rombakan Kabinet pada pagi Isnin, lapor The Straits Times.


Rombakan itu termasuk pelantikan beberapa timbalan menteri yang dilihat secara meluas sebagai langkah Presiden untuk meletakkan penyokongnya dalam pentadbiran sebelum pilihan raya umum pada Februari 2024.

Presiden Jokowi tidak layak untuk bertanding semula kerana mandat dua penggalnya akan berakhir pada 2024.

Beliau berdepan dengan masalah perselisihan faham dengan anggota elit parti daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang memerintah ketika pilihan raya semakin hampir, menurut penganalisis politik yang berpangkalan di Jakarta seperti Dr Djayadi Hanan, zamil penyelidik di Harvard Kennedy School, dan Adi Prayitno dari universiti UIN Syarif Hidayatullah.

Mengisi jawatan lamanya ialah Profesor Paiman Raharjo, rektor Universiti Prof Dr Moestopo Beragama di Jakarta, yang juga penasihat di sebuah syarikat gas milik pemerintah. Prof Paiman mengetuai Relawan Sedulur Jokowi, sebuah lagi organisasi sukarelawan yang menyokong Encik Jokowi.

Bekas jurubank Encik Pahala Mansury dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri. Beliau telah meninggalkan tugasnya sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Milik Negara.

Encik Rosan Roeslani, Duta Besar Indonesia ke Amerika Syarikat, pula mengisi jawatan lama Encik Pahala. Encik Rosan ialah rakan lama Menteri Perusahaan Negara, Encik Erick Thohir, yang digembar-gemburkan sebagai calon naib presiden pada Pilihan Raya Umum 2024.

Media tempatan melaporkan bahawa Encik Erick, 53 tahun, adalah pasangan calon presiden Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan, yang juga pengerusi parti Gerindra.

Encik Prabowo, 72 tahun, berkemungkinan besar akan menghadapi dua pesaing terkuatnya pada pilihan raya pada 14 Februari 2024 – Encik Ganjar Pranowo, 54 tahun, yang dilantik oleh PDI-P; dan Encik Anies Baswedan, 54 tahun, seorang tokoh pembangkang dan mantan gabenor Jakarta.

Sementara itu, Encik Nezar Patria, pembantu kepada Encik Erick, dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Penerangan. Encik Nezar mempunyai latar belakang dalam kewartawanan – beliau adalah pengasas bersama portal berita viva.co.id yang berpangkalan di Jakarta dan pernah menjadi editor The Jakarta Post.


Encik Jokowi juga melantik Duta Besar Indonesia ke Korea Selatan Gandi Sulistiyanto sebagai ahli lembaga penasihat presiden. Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa keluarga Encik Gandi bekerjasama dengan anak lelaki Encik Jokowi dalam beberapa perniagaan termasuk sektor makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >