Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi nafi campur tangan siasatan rasuah peringkat tinggi

Dec 05, 2023 | 01:24 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menafikan dakwaan beliau telah menggunakan taktik buruk sebagai pegawai pemerintah, termasuk cuba menggagalkan siasatan rasuah berprofil tinggi yang melibatkan sekutu politik utama.


Dakwaan itu, menurut laporan akhbar The Jakarta Post, merupakan satu detik yang meramalkan berakhirnya kuasa bebas agensi antirasuah yang berkuasa di negara itu.


Tuduhan itu muncul, ketika Indonesia sedang memasuki musim kempen pilihan raya, dan kebanyakannya datang daripada tokoh yang dikaitkan dengan calon presiden, Encik Ganjar Pranowo atau Encik Anies Baswedan.

Kedua-dua calon itu merupakan pesaing utama kepada Encik Prabowo Subianto, yang kemenangannya dalam pemilihan 2024 bermakna kepentingan Encik Jokowi terjamin selama lima tahun lagi, melalui anak sulungnya, iaitu calon naib presiden, Encik Gibran Rakabuming Raka.

Bercakap kepada pemberita pada 4 Disember, Encik Jokowi menafikan telah mengarah mantan ketua Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) untuk menghentikan siasatan pada 2017 terhadap Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Setya Novanto.

Pada masa itu, Setya adalah pengerusi Parti Golkar, sekutu utama dalam pemerintah Encik Jokowi.

Beliau kemudian disabitkan kesalahan dalam salah satu kes rasuah berprofil tertinggi.

Encik Jokowi menyatakan sendiri pada November 2017 bahawa prosiding undang-undang harus diteruskan, dan kes itu berakhir dengan hukuman penjara 15 tahun dikenakan ke atas bekas speaker Dewan itu.

“Apa gunanya membuat bising tentang perkara ini? Apakah kepentingannya dan untuk tujuan apa?” kata Encik Jokowi menyoal wartawan di Jakarta pada 4 Disember.

Beliau turut mendakwa, tiada rekod rasmi beliau memanggil Ketua KPK ketika itu, Encik Agus Rahardjo untuk membatalkan siasatan terhadap Setya.

Seorang lagi wartawan menyoal Encik Jokowi mengenai dakwaan berbeza, di mana beliau sepatutnya menawarkan jawatan menteri pertahanan kepada Pengerusi Parti Kebangkitan Negara (PKB), Encik Muhaimin Iskandar, sebelum akhirnya menyerahkannya kepada bekas pesaing Encik Prabowo, “untuk menenangkan suasana”.

“Pelantikan menteri sepenuhnya adalah hak istimewa presiden,” kata Encik Jokowi. “Tiada perkara seperti (menjanjikan kerusi kepada orang ramai). Itu tidak pernah berlaku, ujarnya.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >