Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi nafi politikkan bantuan sosial

Feb 06, 2024 | 02:16 PM



JAKARTA: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo menafikan dakwaan beliau telah mempolitikkan bantuan sosial, dalam usaha menyokong anak sulungnya, Encik Gibran Rakabuming Raka, yang merupakan pasangan calon presiden Encik Prabowo Subianto, dalam pilihan raya presiden akan datang.


Bercakap selepas majlis di Tanjung Priok, Jakarta Utara, Encik Jokowi menegaskan bahawa program bantuan sosial dan bajet yang diperlukan perlu diluluskan oleh Dewan Perwakilan Rakyat, dan proses itu telah berjalan sejak September tahun lalu.

“Jangan fikir keputusan kita dibuat secara bebas, itu bukan cara mekanisme negara berfungsi,” kata Encik Jokowi seperti dipetik agensi berita Antara.


Sejak beberapa minggu lalu, Encik Jokowi giat mengambil bahagian dalam pengagihan bantuan sosial, semasa lawatan kerjanya ke pelbagai wilayah.

Dua program bantuan sosial yang sedang dilaksanakan oleh Encik Jokowi, ialah rizab beras pemerintah (CBP) dan bantuan tunai terus (BLT) untuk mitigasi risiko makanan.

Beliau berkata terdapat dua pertimbangan untuk menyediakan bantuan sosial: kenaikan harga beras global dan meningkatkan kuasa beli penduduk berpendapatan rendah.

“Bantuan beras itu sudah ada sejak September. BLT (diagihkan) disebabkan musim kemarau yang berpanjangan akibat El Niño, jadi ini juga untuk mengukuhkan kuasa beli masyarakat,” kata Encik Jokowi, dipetik Tempo.co.


Menteri Penyelaras Ekonomi, Encik Airlangga Hartarto mengumumkan penerusan program BLT pada 29 Januari, mulai Februari bagi menggantikan bantuan El Niño sebelum ini, yang berakhir pada Disember.

Pada mulanya, BLT baru, bernilai 200,000 rupiah ($17.20) sebulan untuk setiap penerima, dirancang untuk bertahan selama tiga bulan dari Januari hingga Mac.

Bagaimanapun, pemerintah memutuskan untuk mengagihkan bantuan tunai itu sekali gus pada Februari, bertepatan dengan pilihan raya umum 2024.

Kumpulan politik dan sivil telah berulang kali membangkitkan kebimbangan mengenai tindakan Encik Jokowi, dengan mengatakan ia dilakukan untuk mendapatkan sokongan untuk tawaran pilihan raya Encik Prabowo dan Encik Gibran.

Selain mengagihkan bantuan sosial, sikap berkecuali Encik Jokowi sebagai Presiden, juga menjadi tanda tanya apabila beliau membuat kenyataan mengatakan bahawa Presiden dibenarkan memilih untuk memihak mana-mana calon pilihan raya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >