Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi pilih Kalimantan Timur sebagai ibu kota baru Indonesia

Aug 26, 2019 | 06:47 PM



JAKARTA - Kalimantan Timur telah dipilih sebagai ibu kota baru Indonesia.


Mengumumkan demikian pada Isnin (26 Ogos), Presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo berkata ibu kota sekarang, Jakarta, "sedang sarat menanggung beban sebagai pusat administrasi, bisnis, kewangan, perdagangan dan perkhidmatan, serta (menjadi rumah kepada) lapangan terbang dan pelabuhan terbesar di negara ini".


Dalam satu taklimat media, beliau berkata beban yang dihadapi pulau Jawa juga semakin meningkat kerana ia kini menempatkan 150 juta orang, atau 54 peratus keseluruhan penduduk Indonesia, tambah Encik Jokowi.


Parlimen perlu meluluskan undang-undang sebagai asas untuk merealisasikan rancangan Presiden Jokowi untuk peralihan itu, namun peralihan tersebut akan memakan modal yang besar. 


Di bawah pelan peralihan itu, Jakarta akan menjadi ibu kota komersil ekonomi terbesar di Asia Tenggara, sementara sebuah bandar baru akan menjadi ibu kota pentadbiran Indonesia - mirip peranan yang dimainkan oleh Kuala Lumpur dan Putrajaya di Malaysia.


Pemerintah Indonesia sebelum ini telah mengesyorkan dua wilayah di pulau Borneo untuk menjadi ibu kota baru Indonesia - Kalimantan Timur dan Kalimantan Tengah.


Jakarta menjadi pusat pentadbiran, kewangan dan perdagangan Indonesia sejak kemerdekaannya pada 1949.


Bagaimanapun, ibu kota itu sudah lama mengalami kesesakan jalan raya, kesesakan penduduk, pencemaran yang meluas dan banjir. 

 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >