Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi tawar China labur dalam ladang durian; import durian ke Beijing cecah berbilion dolar

Aug 02, 2023 | 12:33 PM



Jakarta: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, telah menyarankan kepada rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping, supaya melabur dalam ladang durian Indonesia kerana import buah eksotik itu ke Beijing berjumlah berbilion dolar.


Encik Jokowi membuat tawaran itu semasa lawatannya ke Chengdu minggu lalu. Indonesia juga sudah mempunyai beberapa lokasi untuk membangunkan projek durian tersebut, kata Ketua Menteri Pelaburan, Encik Luhut Binsar Pandjaitan.

“Siapa sangka Presiden Jokowi dan Presiden Xi akan bercakap mengenai durian semasa makan malam? Import durian China bernilai AS$4 bilion ($5.4 bilion),” kata Encik Luhut kepada pemberita.

“Jadi kita boleh tawarkan tanah seluas 5,000 hektar. Kita boleh memperuntukkan 70 peratus durian yang ditanam di ladang di Indonesia kepada mereka (China) manakala baki 30 peratus adalah untuk kita. Kami juga bercakap mengenai potensi durian ini kepada Institut Genomics Beijing pada hari berikutnya,” kata Encik Luhut.

Indonesia juga menyasarkan untuk menguasai sehingga 40 peratus import durian China.

“Jadi, jika China mengimport durian bernilai $4 bilion dan jika kita boleh mendapat 25 hingga 40 peratus (import itu), itu sudah menjadi $1.5 bilion. Perkongsian ini juga melibatkan banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta komuniti yang lebih kecil,” kata Encik Luhut lagi.

Menurut beliau, badan penasihat China, Pusat Penyelidikan Pembangunan Majlis Negara (DRC), ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkongsian tersebut.

“Kami baru sahaja mendapat beberapa maklumat bahawa DRC hanya bertanya tentang perkongsian ini. Presiden telah mengarahkan saya supaya memeriksa di mana (China) boleh menanam durian dan kami telah membuat beberapa pilihan. Terdapat kawasan tersedia untuk ladang durian berhampiran dengan Sumatera Utara. Ada juga di Sulawesi, khususnya Sulawesi Tenggara, kalau tak silap saya,” kata Encik Luhut.

Menurut saluran berita perniagaan seperti yang dilaporkan oleh China Daily, import durian China berjumlah $4.02 bilion atau sekitar 825,000 tan tahun lalu. Ini adalah dua kali ganda daripada durian yang dihantar ke negara itu pada 2014.


China ialah salah satu pelabur asing utama Indonesia pada 2022. Pelaburan langsung asing yang datang dari China berjumlah $8.2 bilion pada tahun itu, menduduki tempat kedua selepas Singapura ($13.3 bilion). – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >