Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bilangan pelancong China ke Asia Tenggara dari Jan hingga Mei kurang dari jangkaan

Jul 10, 2023 | 06:47 PM



Bilangan pelancong China ke Singapura bagi tempoh Januari hingga Mei berjumlah 310,901 orang berbanding 1.55 juta orang bagi tempoh yang sama pada 2019, menurut perangkaan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Negara Asia Tenggara yang mengharapkan pelancong China untuk memacu pendapatan pelancongan dan ekonomi mereka selepas Covid-19 juga mendapati jumlah pengunjung yang jauh lebih rendah daripada jangkaan.

Pemulihan ekonomi China yang lebih perlahan daripada jangkaan telah menyebabkan penduduknya teragak-agak untuk membelanjakan wang untuk pergi ke luar negara.

Data rasmi terkini yang disusun oleh Bloomberg News menunjukkan bahawa bilangan pelancong China yang melawat lima negara Asia Tenggara adalah antara 14 peratus dengan 39 peratus pada Mei.

Perangkaan pengunjung menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi rantau tahun ini tidak menentu, di tengah-tengah prospek pertumbuhan sejagat yang perlahan akibat dasar kewangan yang lebih ketat dan momentum pertumbuhan China yang goyah.

Walaupun Thailand, sebuah ekonomi yang amat bergantung pada pelancongan di rantau ini, mendapat manfaat daripada pemulihan permintaan perjalanan selepas pandemik, ketibaan pengunjung China dijangka mencapai sekurang-kurangnya dua juta, jauh lebih rendah daripada tujuh juta iaitu sasaran rasminya bagi 2023.

Menurut firma sekuriti Bahana Sekuritas, Bali, salah satu destinasi percutian paling popular yang menyumbang sebahagian besar jumlah pengunjung asing bagi Indonesia, mendapati permintaan yang merosot bagi hotel mewah bagi tempoh Januari hingga Mei, dengan jumlah pelancong China yang berkurangan secara ketara.

Selain Asia Tenggara, Jepun juga mendapati bilangan pelancong China yang lebih rendah berbanding tahun sebelum pandemik.

Syarikat runcit besar, Takashimaya, berkata baru-baru ini, pelancong bukan China menyumbang hampir 70 peratus daripada jumlah jualannya antara Mac dengan Mei dalam kalangan pelancong, berbanding hanya 20 peratus sebelum pandemik.

Trend ini merupakan satu isyarat bagi negara Asia Tenggara, yang sebelum ini amat gigih untuk menarik pelancong China bagi 2023, untuk mempelbagai pasaran sasaran mereka dan mengurangkan kebergantungan mereka pada pengunjung dari ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Menurut seorang pekerja GZTC International Tour yang berpangkalan di Guangzhou, tempahan pelancongan musim panas oleh penduduk China untuk ke destinasi Asia Tenggara tidak meningkat secara ketara sejak separuh pertama tahun ini.

Malah destinasi paling popular, seperti Singapura dan Malaysia, mendapati hanya kira-kira 30 peratus daripada permintaan sebelum pandemik semasa tempoh cuti musim panas, manakala terdapat sekitar 10 peratus sahaja daripada permintaan sebelum pandemik dari negara lain termasuk Thailand.

Peningkatan yang lebih perlahan dalam kapasiti penerbangan juga telah menghambat pemulihan pelancongan.

Kapasiti penerbangan antara China dengan rantau ini bertambah baik, tetapi kebanyakan laluan masih jauh di bawah paras sebelum pandemik, kecuali Singapura, menurut data daripada syarikat analisis penerbangan Cirium.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >