Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Jonathan Eric Kaplan dicalon duta AS ke Singapura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Jonathan Eric Kaplan dicalon duta AS ke Singapura

Jul 31, 2021 | 05:30 AM

PRESIDEN Amerika Syarikat Encik Joe Biden telah mencalonkan usahawan Encik Jonathan Eric Kaplan sebagai duta ke Singapura, kata Rumah Putih kelmarin.

"Seorang usahawan dan pembaharu, Encik Kaplan yang terbaru merupakan pengerus dan Ketua Pegawai Eksekutif FishSix Restaurant Corporation," menurut kenyatan Rumah Putih itu.

"Sebelum itu, sebagai pengerusi dan CEO Pure Digital Technologies, beliau telah mencipta dan memasarkan kamera video Flip yang baharu dan apabila Pure Digital dibeli Cisco System, Encik Kaplan menjadi naib presiden kanan dan pengurus besar divisyen produk pelanggan."

Beliau kini merupakan pengerusi EducationSuperHighway, sebuah pertubuhan bukan mengaup untung yang bekerjasama dengan gabenor dan pegawai untuk menawarkan bilik darjah sekolah awam Amerika akses kepada hubungan Internet berkelajuan tinggi.

Beliau juga merupakan penasihat kepada Pertubuhan Presiden Muda, bertemu dengan pihak pengurusan korporat dan pemimpin pemerintah di pelbagai negara, tambah kenyataan Rumah Putih.

Encik Kaplan sebelum ini merupakan presiden dan CEO Sega.com, pengasas dan CEO MovieStreet, naib presiden dan pengurus besar Geoworks dan naib presiden Hands On Technology.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3