Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jongkong emas ditemui dalam kereta api diberi kepada Palang Merah

Aug 26, 2023 | 12:43 PM



GENEVA: Sejumlah 120 jongkong emas yang ditemui dalam sebuah kereta api di Switzerland kini diberikan kepada persatuan Palang Merah, menurut pihak pendakwa pada Jumaat.


Ini selepas segala usaha telah dijalankan untuk menjejak pemiliknya, namun menemui jalan buntu.

Pada Oktober 2019, seorang atendan kereta api menemui bungkusan dalam sebuah kereta api yang sedang dalam perjalanan dari St Gallen ke Lucerne, menurut pejabat pendakwa raya daerah Lucerne menerusi satu kenyataan.

Bungkusan tersebut antara lain dilabel dengan kata-kata “ICRC valuables”, yang bermaksud “barang berharga ICRC”, merujuk kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang berpangkalan di Geneva.

“Bungkusan itu mengandungi 120 jongkong emas... yang dilabel dengan logo dan nombor siri,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, bungkusan itu seberat 3.7 kilogram.

Kenyataan itu tidak menyatakan nilai jongkong emas itu secara keseluruhan, namun jongkong emas 24 karat kini dijual pada harga sekitar AS$60,000 ($81,000) bagi setiap kilogram.

“Meskipun siasatan telah dijalankan secara meluas, pemilik jongkong emas itu masih tidak dapat ditemukan.

“Oleh itu, pemilik emas itu atau kaitan dengan kemungkinan jenayah harta masih tidak dapat ditentukan.

“Memandangkan jongkong emas itu ditemui dalam bungkusan yang ditujukan kepada ICRC, pemiliknya (yang tidak diketahui) boleh dianggap mahu memberikannya kepada pertubuhan tersebut. Maka, ia diserahkan kepada ICRC,” menurut kenyataan tersebut.

ICRC berkata mereka belum menerima emas itu.

Namun, mereka mahu menjual jongkong emas itu untuk membantu membiayai operasinya di seluruh dunia di kawasan yang terjejas dek keganasan dan konflik.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kami atas sumbangan kepada ICRC ini, yang akan memainkan peranan penting dalam usaha meneruskan operasi kemanusiaan kami di seluruh dunia.

“Derma yang kami terima ini merupakan sumbangan besar kepada usaha pembiayaan operasi ICRC di seluruh dunia, khususnya untuk melindungi dan membantu golongan yang paling mudah terjejas dek perang dan keganasan,” ujar ICRC menerusi satu kenyataan.

Meskipun ICRC menghargai segala bantuan dan sokongan yang dihulurkan, pertubuhan itu berkata mereka berharap agar derma dan sumbangan dapat dihulurkan menerusi kaedah yang kerap. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >