Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah kematian Covid-19 di seluruh dunia kini 5 juta

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah lima juta.



Berdasarkan data Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat merekodkan jumlah tertinggi melebihi 746,000 kes, menjadikan angka kematian global akibat virus itu kini 5.004 juta.



Data terbaru itu diperolehi hampir empat bulan selepas jumlah kematian global akibat koronavirus mencecah empat juta orang.



Namun, angka itu bertambah pada kadar lebih perlahan berikutan pemberian vaksin global yang sudah meliputi berbilion individu.



Jumlah kematian harian dunia pula dilaporkan berada di bawah 8,000 buat pertama kali dalam tempoh setahun.



Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata, jumlah kes dan kematian akibat Covid-19 meningkat dalam tempoh dua bulan susulan peningkatan kes di Eropah.



Dalam kalangan 52 negara dan wilayah yang membentuk rantau Eropah berdasarkan WHO, sebahagian besar peningkatan angka korban disumbangkan dari timur.



Russia, yang dikatakan berdepan dengan masalah ramai penduduknya meragui vaksin, mencatat rekod baru angka harian jangkitan dan kematian, dengan purata lebih 1,000 korban sehari sejak 20 Oktober lalu.



Menurut data pemerintah, setakat kelmarin, Russia mencatatkan sejumlah 239,693 kematian.



Namun, agensi statistik nasional, Rosstat, yang melihat korban Covid-19 pada definisi lebih luas, menyatakan jumlah kematian sudah mencecah hampir 450,000 pada setakat akhir September lalu.



Selepas Russia, Ukraine dan Romania adalah dua lagi negara di Eropah yang merekodkan angka harian tertinggi korban Covid-19 - masing-masing dengan purata 546 dan 442 kematian sehari sejak tujuh hari lalu.



Amerika Latin dan Caribbean pula muncul sebagai rantau yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi di dunia iaitu 1,521,193 kes setakat ini.



Namun, angka harian kematian yang berlegar sekitar 840 kes ketika ini menunjukkan penurunan sejak Mei lalu.



Sementara itu, di Amerika Syarikat (AS) pula lebih 1,400 kematian direkodkan setiap hari secara purata sejak tujuh hari lalu, turun 15 peratus berbanding minggu sebelum itu.



Setakat ini, jumlah kematian akibat Covid-19 di AS sudah mencecah 746,747 kes.



WHO menganggarkan jumlah sebenar keseluruhan korban pandemik itu berkemungkinan dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada rekod rasmi, susulan lebihan kematian yang berkait secara langsung dan tidak langsung dengan Covid-19.



Begitupun, ia masih lebih rendah berbanding pandemik lain yang pernah melanda dalam sejarah dunia seperti selesema Sepanyol yang meragut 50 hingga 100 juta nyawa antara 1918 hingga 1919. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >