Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah kes jangkitan Covid-19 melepasi 1 juta

Apr 03, 2020 | 08:18 AM



Jumlah koronavirus sedunia yang dijangkiti penduduk dunia kini mencapai lebih 1 juta kes.



Perangkaan terkini Worldometer sehingga 8 pagi ini menunjukkan sejumlah 1,014,296 orang dijangkiti virus tersebut.



Dunia juga menyaksikan seramai 52,982 orang terkorban akibat Covid-19.



Mereka yang pulih daripadanya pula adalah seramai 212,018 orang.



Pemeriksaan Berita Harian ke atas perangkaan yang dikongsi Worldometer menunjukkan Amerika Syarikat kini mendahului negara-negara lain dengan 244,230 kes, dengan sejumlah 29,227 kes baru dicatatkan dan 781 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam. Secara keseluruhannya seramai 5,883 orang terkorban di Amerika Syarikat.



Italy merupakan negara kedua terbesar dengan 115,242 kes, di mana 4,668 merupakan kes baru, dan mencatatkan 760 kes kematian semalam, menjadikan jumlah korban keseluruhannya seramai 13,915 orang.



Sepanyol juga menghadapi jumlah kes jangkitan Covid-19 yang besar, dengan 112,065 kes di mana 7,947 merupakan kes baru dan dalam masa yang sama seramai 961 terkorban dalam masa 24 jam. Secara keseluruhan, sejumlah 10,348  orang maut  akibat daripadanya.



Jerman mengatasi China sebagai negara keempat terbesar dengan 84,794 kes, di mana sebanyak 6,813 kes baru direkodkan dan seramai 176 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Secara keseluruhannya, seramai 1,107 orang telah meninggal dunia di Jerman akibat koronavirus.



Langkah China melaksanakan langkah ketat membasmi penularan kelihatan menunjukkan hasil dengan hanya 35 kes baru dicatatkan  dan hanya 6 orang terkorban dalam tempoh 24 jam. Secara keseluruhan, China menghadapi 81,589 kes dengan 3,318 jumlah korban.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >