Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah korban Covid-19 di UK lepasi 50,000 orang

Jun 10, 2020 | 3:45 PM
PELANGI HARAPAN: Jumlah korban yang disyaki dan disahkan akibat Covid-19 di Britain telah melepasi 50,000 orang, menurut kenyataan kerajaan Britain.
PELANGI HARAPAN: Jumlah korban yang disyaki dan disahkan akibat Covid-19 di Britain telah melepasi 50,000 orang, menurut kenyataan kerajaan Britain. - - Foto: REUTERS

LONDON: Jumlah korban yang disyaki dan disahkan akibat Covid-19 di Britain telah melepasi 50,000 orang, menurut kenyataan kerajaan Britain.

Setiausaha Perniagaan, Tenaga dan Strategi Perusahaa Britain, Encik Alok Sharma, merujuk kepada analisis dari Pejabat Statistik Nasional (ONS), menyatakan bahawa 50,107 kematian telah direkodkan akibat wabak itu sehingga 29 Mei lalu.

Encik Sharma berkata, jangkitan dan kematian semakin berkurangan, malah United Kingdom - meliputi Scotland, Wales, England dan Ireland Utara - turut melakukan sekatan pergerakan sejak Mac lalu dan akan melonggarkan sekatan itu tidak lama lagi dengan membenarkan semua kedai tidak 'penting' di England dibuka semula bermula 15 Jun ini, selagi mereka mematuhi garis panduan keselamatan dan kesihatan.

"Ini adalah langkah terakhir dalam memulakan semula ekonomi dan membolehkan semua urusan kembali seperti biasa.

Bagaimanapun, jarak dua meter tetap diutamakan apabila kedai-kedai dibuka," katanya.

Namun, arahan pembukaan semula pab dan restoran hanya akan bermula seawal 4 Julai ini dan kerajaan juga dijangka mengumumkan secara rasmi pembukaan zoo dan safari sebagai sebahagian daripada kelonggaran secara beransur-ansur oleh Perdana Menteri, Encik Boris Johnson.

Pegawai Downing Street berkata, perkara itu memerlukan proses yang teliti dan berharap pembukaan semula taman safari dan zoo akan membantu memberi keluarga lebih banyak pilihan untuk meluangkan masa di luar rumah, sambil menyokong industri terbabit. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg