Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TAUFAN DI FILIPINA

Jumlah korban naik kepada lebih 200 orang, 52 mangsa hilang

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



MANILA: Angka kematian di Filipina meningkat kepada 208 orang, dengan 52 orang hilang dan 240 cedera selepas taufan Rai melanda wilayah selatan dan tengah kepulauan itu, kata polis.



Lebih 300,000 orang menyelamatkan diri dari rumah dan pusat peranginan di tepi pantai ketika Rai, yang disifatkan sebagai taufan 'ganas', memukul negara itu Khamis lalu.



Palang Merah Filipina melaporkan berlaku "kematian beramai-ramai" di kawasan pantai akibat taufan berkenaan.



Taufan itu merobek bumbung, menumbangkan pokok dan tiang elektrik konkrit, menghancurkan rumah kayu dan menyebabkan banjir di pedalaman.



Ketika taufan Haiyan melanda Filipina pada 2013, ia menyebabkan 7,300 orang maut atau hilang.



Salah satu pulau paling teruk dilanda taufan kali ini ialah Bohol, tempat sekurang-kurangnya 74 orang mati, kata Gabenor wilayah, Encik Arthur Yap, di Facebook.



Kemusnahan meluas turut dilaporkan di pulau Siargao, Dinagat dan Mindanao, yang dilanda ribut dengan angin sekuat 195 kilometer sejam.



Sekurang-kurangnya 10 orang maut di Kepulauan Dinagat, kata pegawai penerangan wilayah, Encik Jeffrey Crisostomo.



Kawasan terjejas terputus komunikasi, menghalang usaha agensi bencana menilai tahap kerosakan sepenuhnya.



Bekalan elektrik juga terputus, menjejas stesen pengisian air dan mesin teler automaik (ATM).



Sekarang pihak penyelamat sedang berusaha meningkatkan penghantaran bekalan makanan dan air ke kawasan terjejas.



Beribu-ribu anggota tentera, polis, pengawal pantai dan bomba dikerahkan membantu mencari dan menyelamat mangsa.



Di samping pengawal pantai dan kapal tentera laut yang membawa makanan, air dan bekalan perubatan, pasukan jentera khas juga dikerahkan ke lokasi bencana bagi membersihkan jalan yang terhalang pokok dan tiang elektrik tumbang.



Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Filipina sangat terdedah kepada pelbagai bahaya alam.



Sepanjang beberapa tahun kebelakangan, negara kepulauan itu dilanda bencana besar yang termasuk taufan Haiyan pada 2013 dan letusan gunung berapi Taal pada Januari 2020. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >