Topic followed successfully
Go to BHkuJusuf Kalla nafi tuduhan hina agama, ucapan bertujuan galak keamanan
Jusuf Kalla nafi tuduhan hina agama, ucapan bertujuan galak keamanan
Apr 20, 2026 | 1:55 PM
Jusuf Kalla nafi tuduhan hina agama, ucapan bertujuan galak keamanan
Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla (tengah), menjelaskan kenyataannya dalam satu sidang media di Jakarta pada 18 April 2026, sambil menegaskan bahawa ucapannya dalam syarahan di Universiti Gadjah Mada bertujuan mempromosikan keamanan dan bukan menghina mana-mana agama. - Foto Instagram diksipolitik
JAKARTA: Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, menafikan tuduhan menghina agama susulan kenyataannya dalam satu syarahan awam pada Mac lalu, sambil menegaskan bahawa ucapannya telah disalah tafsir dan diambil di luar konteks.
Encik Kalla kini berdepan beberapa laporan polis yang dibuat oleh kumpulan belia Kristian dan Katolik, yang mendakwa kenyataannya bercanggah dengan ajaran agama mereka. Namun, beliau menegaskan bahawa syarahan tersebut sebenarnya bertujuan menjelaskan realiti konflik lampau, bukan menyerang mana-mana kepercayaan.
Laporan berkaitan
Laporan polis dibuat terhadap Jusuf Kalla yang didakwa hina agamaApr 15, 2026 | 1:32 PM
Indonesia gesa wujudkan Dunia Islam sederhana, perpaduan dalam melawan radikalismeJul 12, 2024 | 9:54 AM

