Topic followed successfully
Go to BHkuJutaan penduduk Filipina bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
Jutaan penduduk Filipina bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
May 15, 2026 | 4:47 PM
Jutaan penduduk Filipina bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
Matahari terbenam kelihatan di sebelah talian elektrik di bandar San Fernando, wilayah Pampanga, utara Manila, pada 16 April 2026 - Foto AFP
MANILA: Gangguan besar pada sistem grid elektrik menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan di Filipina pada 15 Mei menjejaskan jutaan penduduk ketika negara itu sedang menghadapi bulan paling panas pada tahun 2026 ini.
Perbadanan Grid Nasional Filipina (NGCP) berkata gangguan bekalan secara bergilir selama satu jam berlaku di beberapa kawasan di ibu negara Manila dan seluruh Pulau Luzon bermula tengah hari 15 Mei.
