Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

'Kabinet bayangan' PN perlu kerana Kerajaan Perpaduan didakwa rapuh

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Penubuhan Kabinet bayangan Perikatan Nasional (PN) perlu kerana gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan dianggap rapuh.



Menteri Besar Perlis, Encik Mohd Shukri Ramli, berkata kewujudan Kabinet bayangan satu tindakan bijak daripada pimpinan PN dan wajar pada waktu ini.



"Dengan kedudukan Kerajaan Perpaduan gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan beberapa parti lain yang dilihat tidak begitu mantap, saya rasa amat perlu ada Kabinet bayangan daripada PN.



"Ini sebab sekiranya terdapat kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan, PN berada dalam keadaan yang bersedia untuk memimpin kerajaan dan ini satu tindakan yang bijak oleh pimpinan PN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) semalam.



Kelmarin, PN mengumumkan barisan 'Kabinet' mereka yang akan menyelaraskan pengurusan parti itu sebagai pembangkang di Parlimen.



Perkara itu diumumkan pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas berakhir Pemukiman Ahli Parlimen PN.



Katanya, PN bersetuju dengan cadangan Sekretariat Ahli Parlimen PN supaya diwujudkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen.



"Jawatankuasa Portfolio pembangkang ini diberikan kepada Ahli Parlimen kita yang ada kemahiran dan pengalaman dalam kerajaan serta latar belakang yang lalu dalam bidang masing-masing," katanya pada sidang media selepas penutupan Pemukiman Ahli Parlimen PN.



Berdasarkan poster Jawatankuasa Portfolio itu, Tan Sri Muhyiddin dinamakan sebagai Ketua Ahli Parlimen manakala timbalannya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.



Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengetuai portfolio Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim manakala Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin, mengetuai tugas berkaitan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.



Seorang lagi Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee, diberi tugas berkaitan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.



Tan Sri Muhyiddin yang juga Pengerusi Bersatu berkata jawatankuasa itu akan mengeluarkan kenyataan dasar PN dalam semua perkara mengikut portfolio masing-masing.



"Ini termasuk berkaitan ekonomi, apa pendirian dasar dalam isu alam sekitar, antarabangsa, pertahanan atau keselamatan dalam negara.



"Kita akan bentang supaya rakyat tahu apa pendirian kita dan kita bersedia memikul amanah besar kalau rakyat beri mandat tadbir negara kembali," katanya.



Tan Sri Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata Ahli Parlimen yang diberikan portfolio berdasarkan kepentingan, kepakaran individu serta input mereka akan menjawab bagi pihak PN yang dikeluarkan sekretariat PN.



Pembangkang juga akan meneruskan dasar PN yang meneruskan kesinambungan Wawasan Kemakmuran Bersama ketika pentadbirannya.



Daripada keseluruhan senarai jawatankuasa portfolio itu, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, menjaga portfolio Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), jawatan yang pernah disandangnya ketika berada dalam kerajaan PN.



Turut menyertai barisan 'Kabinet' pembangkang, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kementerian Dalam Negeri), dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, mengetuai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.



Antara bekas Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan PN lalu yang disenaraikan dalam 'Kabinet' pembangkang adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi); Datuk Ali Biju, dilantik menjaga Hal Ehwal Sabah dan Sarawak pembangkang; Datuk Mas Emieryati Samsudin (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), dan Datuk Rosol Wahid (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >