Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Kabinet M'sia cadang perkukuh dasar isu kalimah 'Allah': Anwar

Bakal dibentang kepada Majlis Raja-Raja supaya dapat selesaikan isu
May 18, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kabinet pada Rabu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah 'Allah' kepada Majlis Raja-Raja.



Dalam satu kenyataan media, Datuk Anwar berkata ia bagi menyelesaikan isu kalimah 'Allah' secara menyeluruh dan bersepadu.



Katanya, kerajaan juga komited memperkukuh perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia.



Beliau memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu membincangkan mengenai keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill, berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah 'Allah'.



"Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa keputusan yang dibuat hanya berkisar soal pentadbiran dan tidak merubah ketetapan Mahkamah Persekutuan pada 2014.



"Jemaah Menteri menegaskan bahawa kerajaan menghormati, memperakui dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari 2023, yang menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia, ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah'.



"Kerajaan akan sentiasa mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama Perkara 3 berhubung agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai," katanya dalam kenyataan pada Rabu, lapor Berita Harian Malaysia.



Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak terus mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan, berhubung tindakan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka, bagi tujuan pembelajaran.



Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman Jill yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan agama berkenaan.



Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.



Pada Selasa, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, menjelaskan keputusan KDN tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman membabitkan kes Jill itu disebabkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan ketika itu menggunakan pendekatan perundangan sivil dan pentadbiran.



Katanya, isu terbabit adalah berkaitan rampasan bahan penerbitan pada ketika itu dan bukanlah dari sudut teologi ataupun apa juga yang membabitkan penggunaan kalimah 'Allah'.




"Jemaah Menteri menegaskan bahawa kerajaan menghormati, memperakui dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari 2023, yang menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah'.

Kerajaan akan sentiasa mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama Perkara 3 berhubung agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai."

- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >