Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kadar penghunian hotel Makkah capai 100%

Apr 15, 2023 | 03:46 PM



MAKKAH: Sektor hotel dan penginapan di Makkah menyaksikan lonjakan pada musim Ramadan 2023, apabila kadar penghunian hotel mencapai 100 peratus, tertinggi sejak penularan Covid-19.


Pengurus satu daripada hotel di kawasan Aziziyah, Encik Bassam Khanfar, berkata tahun ini menyaksikan peningkatan jumlah jemaah umrah dengan kadar penghunian kembali ke tahap prapandemik.


Peningkatan itu adalah disebabkan kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada jemaah dari luar negara dengan pelabur dan pemilik hotel mengambil kesempatan dengan membuka kemudahan masing-masing.


Encik Khanfar berkata rangkaian pengangkutan baru di Makkah juga membantu pengusaha hotel di luar kawasan pusat untuk memenuhi permintaan terhadap jemaah umrah.


“Salah satu sebab jemaah haji memilih tempat penginapan mereka di luar kawasan adalah harga hotel yang sangat tinggi dikenakan di kawasan pusat Makkah,” katanya.


Pengarah Jabatan Komersial di Hotel Address Makkah, Cik Hani Najah, berkata jemaah umrah terutamanya tertumpu di kawasan tengah sekitar Masjidil Haram.


Bagaimanapun, katanya, projek bas Makkah membolehkan jemaah haji memilih hotel yang terletak di kawasan lain di Makkah dengan bas menghubungkan kawasan itu dengan Masjidil Haram.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >