Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kahirah bantu Cina tawan pelajar Uighur

Aug 22, 2019 | 10:20 AM



KAHERAH - ENCIK Abdulmalik Abdulaziz (bukan nama sebenar), seorang pelajar Uighur,ditangkap dan tangannya digari oleh polis Mesir. 



Apabila polis menanggalkan penutup matanya, Encik Abdulmalik terkejut melihat pegawai Cina menyiasatnya semasa dalam tahanan.



Beliau diberkas pada satu pagi ketika beliau sedang bersama kawan-kawannya, dan dibawa ke sebuah balai polis di Kaherah, di mana pegawai-pegawai Cina menyoal siasat tentang niat keberadaanya di Mesir.



Malah, ketiga-tiga pegawai itu menyoalnya dalam bahasa Cina, dan telah menggunakan panggilan nama Cinanya, bukan nama Uighurnya.



"Mereka tidak memberitahu nama mereka ataupun memberitahu siapa mereka sebenarnya," kata Encik Abdulaziz, 27 tahun, kepada wartawan Agence France-Presse (AFP), yang sedang menyiasat insiden penangkapan lebih 90 orang Uighur yang kebanyakannya adalah minoriti Muslim Turki, pada 2017.



Serupa ramai yang lain yang ditangkap dalam tempoh tiga hari pada minggu pertama Julai 2017, Encik Abdulaziz merupakan seorang pelajar Teologi Islam di Universiti Al-Azhar, iaitu institusi pendidikan Islam Sunni yang termasyhur di dunia.



"Polis Mesir mengatakan bahawa 'Pemerintah Cina mengatakan bahawa awak adalah seorang pengganas'. Tetapi kami menjawab bahawa kami hanya pelajar Al-Azhar," kata Encik Abdulaziz.



AFP telah menggunakan nama samaran untuk melindungi identiti orang Uighur yang ditemuramah.



Cina adalah antara pelabur terbesar Mesir, dan telah melaborkan wang ke dalam projek infrastruktur besar-besaran seperti projek pembinaan kawasan pentadbiran baru di timur Kaherah. 



Tahun lalu, perdagangan antara kededua negara mencapai rekod tertinggi sebanyak AS$13.8 bilion (S$ 19.1 bilion).



Hanya tiga minggu sebelum insiden penangkapan itu, Mesir dan Cina telah menandatangani memorandum keselamatan yang memberi tumpuan kepada "memerangi keganasan".



Selepas beberapa hari disoal siasat di Balai Polis 2 di Nasr City, Encik Abdulaziz dihantar ke Tora, iaitu antara penjara terkenal kekerasannya di Mesir.



Beliau dibebaskan selepas 60 hari dalam tahanan.



Encik Abdulaziz kemudian melarikan diri dan mencari perlindungan di Turki, sebuah hab imigresen Uighur, pada Oktober 2017.



Seorang lagi orang Uighur, Encik Shams Eddin Ahmed, 26 tahun, ditangkap di luar masjid Moussa Ibn Naseer pada 4 Julai 2017 di Nasr City.



Bapanya Encik Shams yang berada di Xinjiang, sebuah rantau di barat laut Cina, juga hilang pada bulan itu.



"Saya masih tidak tahu sama ada ayah hidup atau mati," kata Encik Shams. -Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >