Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Kajian: 37% pesakit alami simptom jangka panjang Covid-19

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Sekurang-kurangnya satu simptom jangka panjang Covid-19 atau 'Long Covid' dikesan pada 37 peratus pesakit selepas tiga hingga enam bulan dijangkiti.



Menurut kajian Universiti Oxford dan Institut Penyelidikan Kesihatan Nasional, gejala yang biasa termasuk masalah pernafasan, keletihan, kesakitan dan kegelisahan.



Dapatan berkenaan diperoleh dengan penglibatan lebih 270,000 bekas pesakit Covid-19.



Menurut kajian itu juga, simptom itu kebiasaannya berlaku kepada mereka yang dimasukkan ke hospital dan kebanyakannya juga melibatkan wanita.



Namun tiada keterangan lanjut mengenai gejala jangka panjang ini dan berapa lama ia akan bertahan.



Kebanyakan individu lanjut usia dan lelaki dilaporkan mengalami kesukaran bernafas manakala bagi orang muda dan wanita mengalami sakit kepala, masalah di perut dan kemurungan.



Jelas ketua pengkaji dari Universiti Oxford, Paul Harrison, pihaknya juga akan mengenal pasti mekanisme untuk langkah pencegahan dan rawatan.



Individu yang telah menerima dua dos vaksin kemungkinan besar tidak akan mengalami kesan jangka panjang Covid-19 berbanding individu yang tidak divaksinasi, walaupun mereka dijangkiti Covid-19.



Mereka yang divaksinasi sepenuhnya juga dapat mengurangkan risiko dijangkiti, menurut kajian yang dijalankan di Britain.



"Kami mendapati bahawa kemungkinan mereka akan mengalami gejala selama 28 hari atau lebih selepas dijangkiti (Covid-19) kira-kira separuh dengan menerima dua dos vaksin (berbanding mereka yang tidak menerima vaksin)," menurut satu kertas kajian yang diterbitkan di The Lancet Infectious Diseases.



Penyelidik yang berpusat di Britain dan Amerika Syarikat itu menganalisis data yang dikumpulkan dari pengguna aplikasi pengesanan gejala Covid-19 yang popular di Britain, telah mendorong pengguna melaporkan setiap hari, sama ada mereka mengalami salah satu daripada 32 gejala Covid-19 yang disenaraikan dalam aplikasi itu.



Aplikasi itu juga digunakan untuk mengumpulkan data yang dilaporkan oleh pengguna lain seperti maklumat demografi mereka, hasil ujian Covid-19, status vaksinasi dan maklumat kesihatan.



Katanya, data yang dikumpul menunjukkan pengurangan sebanyak 49 peratus berbanding mereka yang tidak divaksin.



Ia dikategorikan mengikut ujian positif Covid-19, sama ada mereka merupakan petugas kesihatan dan jantina, indeks jisim badan mereka dan umur.



Jangkitan terhadap individu yang divaksinasi sepenuhnya kemungkinan besar tidak menunjukkan sebarang gejala, sementara hanya sebilangan kecil yang mengalami gejala dan sangat kurang memerlukan rawatan di hospital.



Bagaimanapun, kajian itu tidak melaporkan tindak balas gejala 'Long Covid'.



Ia juga tidak menyatakan varian Covid-19 yang terlibat.



Namun, kajian tersebut merangkumi jangkitan Covid-19 yang berlaku dari 8 Disember tahun lalu hingga 4 Julai tahun ini.



Ini ketika varian Alpha pada mulanya dominan di Britain, sebelum varian Delta muncul pada Mac tahun ini. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >