Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kajian: Kadar kemasukan ke hospital bagi Omicron lebih rendah

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Terdapat risiko kadar kemasukan ke hospital yang lebih rendah bagi orang yang menjangkiti koronavirus varian Omicron berbanding Delta.



Namun, kadar kejangkitannya yang lebih tinggi masih boleh menyebabkan bilangan besar yang memerlukan rawatan di hospital, kata kerajaan Britain, berdasarkan kajian.



Analisis data awal oleh Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) menunjukkan individu dengan Omicron dianggarkan antara 31 dengan 45 peratus kurang berkemungkinan untuk dirujuk ke hospital berbanding seseorang yang mempunyai Delta, dan 50 hingga 70 peratus kurang berkemungkinan untuk mendapat rawatan lanjut di hospital.



Ketua Eksekutif UKHSA, Cik Jenny Harries, berkata ini adalah "isyarat awal yang menggalakkan bahawa orang yang menjangkiti varian Omicron mungkin berada pada risiko agak rendah untuk dimasukkan ke hospital berbanding mereka yang menjangkiti varian lain".



"Namun, perlu diingatkan ini adalah data awal dan lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan penemuan ini," katanya.



Angka itu dihasilkan sedang Britain melaporkan rekod jangkitan 119,789 kes Covid-19 harian baru kelmarin sedang varian baru itu melanda negara itu.



Analisis UKHSA juga masih penuh dengan ketidakpastian kerana bilangan kes Omicron kecil yang kini berada di hospital, ketidakupayaan mengukur semua jangkitan sebelumnya dengan berkesan dan penularan Omicron yang terhad kepada kumpulan umur yang lebih tua, kata agensi itu.



Kebolehjangkitan, keseriusan penyakit dan sama ada Omicron dapat mengelak vaksin adalah tiga persoalan besar yang cuba dijawab pihak berkuasa kesihatan awam dan pakar virologi sedang pemerintah menilai sama ada mereka perlu mengambil langkah tidak popular dan menjejas ekonomi untuk menangani gelombang jangkitan terkini.



Omicron mungkin kelihatan kurang serius kerana ramai orang telah diberi vaksin, atau mempunyai perlindungan semula jadi daripada jangkitan sebelumnya.



Ia juga mungkin kerana virus itu telah berubah sehingga ia menghasilkan gejala lebih ringan.



Agensi tersebut juga berkata bukti menunjukkan perlindungan terhadap penyakit bergejala berkurangan selepas dos kedua vaksin Covid-19, namun bertambah baik selepas dos penggalak.



Tetapi data mencadangkan perlindungan tambahan itu mula berkurangan lebih cepat terhadap Omicron berbanding Delta, kira-kira 15-25 peratus lebih rendah setelah 10 minggu dos penggalak diberikan, katanya.



Sementara itu, bilangan orang yang dijangkiti Omicron selepas dijangkiti Covid-19 sebelumnya telah meningkat dengan mendadak.



Kira-kira 9.5 peratus orang yang menghidapi Omicron pernah menghidap Covid-19 sebelum ini, yang menurut UKHSA berkemungkinan besar di bawah angka sebenar, kerana banyak jangkitan terdahulu tidak bergejala dan tidak dikesan oleh analisis. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >