Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kalah undi Melayu tak makna beri lebih pada Melayu: Menteri Besar Selangor

Aug 29, 2023 | 01:29 PM



Kerajaan Selangor akan tetap berlaku adil kepada semua rakyat di negeri itu, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Bila kalah undi Melayu tak bermakna saya akan beri lebih kepada Melayu dan lupakan Cina dan India.

“Ini prinsip kita. Kita kerajaan yang adil. Saya takkan ubah dasar dan teruskan program yang saksama kepada rakyat.

“Kita (Parti) Keadilan Rakyat dan harus berikan keadilan dan melaksanakan keadilan walaupun kadang-kadang menjadi masalah.

“Sebagai seorang beragama Islam, (maka) agama Islam akhirnya berkata perkara akan dinilai dalam kehidupan adalah keadilan,” katanya pada majlis pelancaran Persatuan Eksekutif India Selangor (Peis), di Kuala Lumpur, seperti yang dilapor Malaysiakini.


Peis merupakan pertubuhan yang menghimpunkan semua ketua cabang PKR Selangor yang berketurunan India dengan Datuk Amirudin sebagai penaungnya.

Daripada semua 22 cabang PKR yang ada di Selangor, lapan daripadanya diketuai pemimpin berbangsa India.

Sementara itu, Datuk Amirudin berkata sokongan orang Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) kini berada di kemuncaknya.

“Mereka kini di kemuncak. Bila sudah sampai kemuncak mereka boleh turun atau meningkat lagi. Sebab sokongan mereka dah hampir sampai 60 peratus ke 65 peratus.

“Itu sudah maksimum daripada mana-mana parti yang mendapat sokongan Melayu.

“Kita kurang sikit 30 peratus ke 35 peratus. Tapi, kita tidak boleh bandingkan diri kita, sebab PRU15 (pilihan raya umum ke-15) tiga penjuru kali ini (pilihan raya negeri) hanya dua penjuru.

“Kalau mereka cuba ulang naratif sama pecah belahkan kita dan sentimen ekstrem (suatu) budaya tak baik untuk masyarakat berbilang kaum, (maka) mereka tak ke mana-mana,” katanya.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berjaya mempertahankan negeri tersebut selepas memenangi 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding PN yang memenangi 22 kerusi.

PRN kali ini melihat PN menguasai kerusi DUN Melayu sekali gus membuat PH hilang majoriti dua pertiga sejak 2013 di Selangor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >