Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kanak-kanak Gaza terima rawatan di UAE

Nov 21, 2023 | 04:08 PM



ABU DHABI: Seorang kanak-kanak Palestin berusia satu setengah tahun, Fati Ala, yang mengalami kecederaan melecur semasa perang di Gaza, kini tidur bersama boneka teddy bear di sebuah hospital swasta di Abu Dhabi.


Tidak lagi terkejut akibat bunyi letupan pengeboman Israel, Fati kini dalam proses pemulihan.

Fati adalah antara 15 rakyat Palestin, termasuk keluarga mereka yang dibawa keluar dari Gaza ke Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Langkah itu sebagai sebahagian daripada inisiatif UAE dalam menyediakan rawatan perubatan untuk 1,000 kanak-kanak Palestin yang ditemani keluarga mereka dari Jaluran Gaza.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), mereka termasuk kanak-kanak yang paling memerlukan bantuan perubatan segera telah dibawa melalui sebuah pesawat pada Sabtu yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish di Mesir.


Ini termasuk mereka yang mengalami kecederaan parah dan melecur serta pesakit kanser yang memerlukan rawatan khusus.

Penolong Menteri bagi Hal Ehwal Luar untuk Kesihatan, Dr Maha Barakat, berkata semua hospital di UAE bersedia untuk menerima baki kanak-kanak dan keluarga mereka dalam menyediakan penjagaan komprehensif serta perkhidmatan khusus mengikut piawaian antarabangsa.

Langkah itu bagi memastikan mereka pulih sepenuhnya sebelum kembali dengan selamat, katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata, Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, telah mengeluarkan arahan untuk memperuntukkan pakej bantuan kemanusiaan sebanyak AS$20 juta ($26.7 juta) dan mengarahkan penubuhan hospital medan di Gaza sebagai sebahagian daripada operasi kemanusiaan yang dinamakan Gallant Knight 3.


Inisiatif membawa kanak-kanak dari Gaza untuk diberikan rawatan perubatan di UAE juga atas arahan Sheikh Mohamed.

Dr Maha menambah bahawa UAE telah menghantar 51 pesawat yang membawa 1,400 tan bekalan makanan, perubatan dan bantuan untuk menyokong usaha bantuan di Jaluran Gaza.

Bantuan itu diselaraskan dengan organisasi-organisasi antarabangsa seperti Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >