Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal RSN dikerah sertai usaha cari kapal selam Indonesia

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



KAPAL penyelamat kapal selam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), MV Swift Rescue, dikerah kelmarin petang untuk menyertai usaha mencari sebuah kapal selam Indonesia yang hilang di kawasan laut di utara Bali.



Dalam satu catatan Facebook semalam, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata kapal itu dikirim "secepat kapal itu dapat disiapkan " setelah ketua angkatan laut Singapura menerima permintaan bantuan daripada rakan sejawatannya dari Indonesia.



Satu pasukan perubatan tambahan juga disertakan kepada kru biasa sekiranya diperlukan rawatan hiperbarik, tambah beliau.



Seorang jurucakap tentera Indonesia dipetik dalam laporan media yang mengatakan kapal MV Swift Rescue dianggarkan tiba di kawasan pencarian pada 24 April.



Kapal selam KRI Nanggala-402 buatan Jerman kelmarin melakukan latihan torpedo di perairan utara pulau Bali sebelum hubungan terputus. Usaha mencari sedang dilakukan 96 kilometer dari Bali bagi 53 anak kapal.



Dalam laporan sebelumnya, Kementerian Pertahanan Indonesia mengatakan tumpahan minyak terlihat berdekatan lokasi menyelam kapal selam semasa pencarian udara dilakukan.



Ia menambah bahawa dua kapal tentera laut dengan kemampuan sonar juga telah dikerahkan untuk menyertai usaha pencarian itu.



MV Swift Rescue, dengan kelajuan maksimum 12 knot dan dapat beroperasi di laut secara berterusan hingga 28 hari, dilengkapi dengan kapal selam kecil Deep Search and Rescue Six (DSAR 6).



DSAR 6 mampu menyelam ke lautan dalam, melekatkan dirinya pada kapal selam yang lumpuh, menyelamatkan penghuninya dan membawa mereka naik ke kapal, di mana kakitangan yang terlatih dalam perubatan hiperbarik dapat merawat mereka.



Kapal MV Swift Rescue dilengkapi dengan ruang penekanan semula udara, yang membantu mencegah dan merawat penyakit penyahmampatan, dan mempunyai wad tanggungan tinggi dengan lapan katil serta 10 katil tempat sakit biasa.



Dalam catatannya, Dr Ng mengatakan hubungan ketenteraan Singapura dengan Indonesia sangat erat, dibangunkan semasa latihan dua hala yang diadakan selama bertahun-tahun dan dengan interaksi di semua peringkat.



"Adalah wajar kita melakukan apa sahaja yang boleh kita bantu pada masa seperti ini. Tempat operasi mencari, dekat Bali, terletak lebih 1,500 km dan perairannya dalam, itulah sebabnya MV Swift Rescue berlayar secepat mungkin.



"Sementara itu, doa dan harapan bersungguh-sungguh kami kepada kru KRI Nanggala, ke atas keselamatan dan ketahanan mereka dan juga kepada pasukan mencari dan menjejak Angkatan Laut Indonesia yang berada di lokasi," tambahnya.



Singapura dan Indonesia telah menandatangani perjanjian bantuan dan kerjasama menyelamat kapal selam pada 2012, dengan sistem menyelamat kapal selam RSN tersedia bagi Angkatan Laut Indonesia, yang sumbernya juga akan membantu RSN jika berlaku bencana kapal selam.



Sementara itu, lima kapal perang Indonesia dan sebuah helikopter sedang memantau perairan di pulau peranginan Bali semalam untuk mencari kapal selam yang hilang itu.



Tempat terakhir di mana kapal selam itu dikesan berada pada 23 batu nautika di utara Bali, kata jurucakap Tentera Indonesia (TNI).



"Tentera Laut Indonesia saat ini sedang melakukan pencarian bagi kedudukan terakhir kapal selam itu dikesan," kata Mejar Jeneral Achmad Riad pada sidang media di pangkalan udara tentera Ngurah Rai Bali.



Selain Singapura, Malaysia, Australia dan India "telah memberi respons dan bersedia memberi bantuan". - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >