Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal selam pelancong ‘Titan’ meletup, kesemua lima penumpang maut

Jun 23, 2023 | 5:25 PM
DIPERCAYAI TERKORBAN: Penumpang kapal selam yang dipercayai musnah di dasar laut (dari kiri, ikut putaran jam) terdiri daripada usahawan, Encik Hamish Harding; Pengasas OceanGate Expeditions, Encik Stockton Rush; Pengerusi syarikat Engo Encik Shahzada Dawood dan anaknya, Encik Suleman Dawood; dan pengarah projek selidik ‘Titanic’, Encik Paul-Henri Nargeolet.
DIPERCAYAI TERKORBAN: Penumpang kapal selam yang dipercayai musnah di dasar laut (dari kiri, ikut putaran jam) terdiri daripada usahawan, Encik Hamish Harding; Pengasas OceanGate Expeditions, Encik Stockton Rush; Pengerusi syarikat Engo Encik Shahzada Dawood dan anaknya, Encik Suleman Dawood; dan pengarah projek selidik ‘Titanic’, Encik Paul-Henri Nargeolet. - Foto AFP

NEW YORK: Serpihan kapal selam kecil yang membawa lima penumpang ke lokasi bangkai kapal Titanic ditemui selepas berlaku malapetaka dahsyat, membunuh kesemua yang berada di dalamnya, kata Pengawal Pantai Amerika Syarikat pada Khamis.

Dengan penemuan itu juga, ia sekali gus menamatkan operasi pencarian yang berlanjutan selama lima hari sejak terjadinya nahas itu pada Ahad.

Kenderaan menyelam robotik yang digunakan kapal penyelamat Canada menemui serpihan kapal Titan pada Khamis, yang tenggelam di dasar laut pada kedalaman kira-kira 488 meter dari haluan Titanic.

Lokasi penemuan adalah kira-kira empat kilometer di bawah permukaan laut, di sudut terpencil Lautan Atlantik Utara, kata Laksamana Muda Pengawal Pantai Amerika John Mauger dalam taklimat kepada wartawan.

Kapal selam pelancong Titan itu dikendalikan syarikat OceanGate Expeditions (OceanGates) yang berpangkalan di Amerika.

Ia laporkan hilang sejak terputus hubungan selama kira-kira sejam 45 minit dengan kapal sokongan pada pagi Ahad lalu, dalam perjalanan dianggarkan dua jam untuk sampai ke bangkai kapal karam Titanic yang terkenal di dunia itu.

Lima serpihan utama kapal selam Titan berukuran 6.7 meter itu ditemui berlonggok, termasuk bahagian ekor kapal dan dua bahagian kapal itu, kata pegawai-pegawai pengawal pantai.

Tidak pula dinyatakan sama ada mayat penumpang ditemui di situ.

Sebelum pasukan pengawal pantai mengadakan sidang akhbar, pihak syarikat OceanGate mengatakan mayat kelima-lima penumpang kapal selam Titan itu tidak ditemui. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg