Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal selam pelancongan Titanic bawa 5 orang hilang

Jun 20, 2023 | 06:00 PM



NEWFOUNDLAND (Canada): Satu operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat untuk mencari satu kapal selam kecil, yang membawa lima orang ke kawasan kapal karam Titanic di Lautan Atlantik Utara dan telah hilang sejak Ahad, kata agensi yang mengendalikan kapal itu.


Pengawal Pantai Amerika mengesahkan pada Isnin ia sedang mencari kapal selam itu selepas kapal penyelidikan Canada MV Polar Prince terputus hubungan dengan kapal selam itu semasa ia menyelam kira-kira 1,450 kilometer timur Cape Cod, Massachusetts, pada pagi Ahad.


“Ia adalah kawasan terpencil dan adalah satu cabaran untuk menjalankan pencarian di kawasan itu, tetapi kami mengerahkan semua aset yang ada untuk memastikan kami dapat mengesan kapal itu dan menyelamatkan orang di atas kapal,” kata Laksamana Muda John Mauger dari Pengawal Pantai Amerika.

Beliau berkata pesawat dari Amerika dan Canada terlibat dalam pencarian, dan pelampung sonar telah digunakan untuk membantu dalam pencarian di bawah permukaan.

Pengawal Pantai Amerika juga menyelaraskan dengan beberapa kapal komersial di kawasan itu untuk membantu operasi mencari.

Kapal selam itu hilang di lautan dengan kedalaman kira-kira 4,000 meter.

Laksamana Muda Mauger berkata kapal selam kecil itu direka untuk menampung penumpang selama 96 jam dalam keadaan kecemasan.

Ini bermakna kapal itu mempunyai daya oksigen selama 96 jam dalam simpanan sekiranya berlaku kecemasan.

Tetapi memandangkan kapal selam itu telah hilang selama lebih 24 jam, jumlah itu berada pada paras kira-kira 70 jam dan semakin berkurangan.

Pencari “menggunakan (cara) sebaik mungkin setiap saat”, kata Laksamana Muda Mauger.

Kapal selam itu dikendalikan oleh OceanGate Expeditions, syarikat yang menawarkan lawatan ke kawasan kapal karam dan gua bawah air.

Ia berkata di laman webnya bahawa ekspedisi “sedang dijalankan”.

“Seluruh tumpuan kami adalah kepada anak kapal dalam kapal selam itu dan keluarga mereka,” ujar mereka dalam satu kenyataan.

“Kami amat berterima kasih atas bantuan meluas yang kami terima daripada beberapa agensi pemerintah dan syarikat laut dalam, bagi usaha kami mendapatkan semula hubungan dengan kapal selam itu.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >