Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ke Johor hanya guna kod QR diteroka

Jan 11, 2024 | 02:58 PM



Singapura dan Malaysia sedang mempertimbangkan satu sistem kod QR bagi memudahkan lagi pelepasan imigresen untuk perjalanan darat antara kedua-dua negara tanpa perlu menggunakan pasport.

Ini merupakan sebahagian daripada rancangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai kedua-dua negara pada 11 Januari.

Antara usaha sama lain yang turut dirancangkan termasuk menubuhkan pusat perniagaan sehenti di Johor untuk menyelaraskan proses bagi perusahaan Singapura, pendigitalan prosedur pelepasan kargo, serta penganjuran forum pelabur yang akan melibatkan pihak berkepentingan.

Dalam usaha ke arah membangunkan kerjasama ini, penganjuran bersama acara bagi mempromosikan sektor perdagangan dan pelaburan antara Johor dengan Singapura juga sedang dipertimbangkan.

Selain itu, ia menetapkan kerjasama antara kedua-dua negara bagi sektor tenaga boleh diperbaharui serta menyediakan latihan dan inisiatif pembelajaran berasaskan kerja untuk menangani jurang bakat dan kemahiran untuk industri berkaitan di bawah JS-SEZ.

Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Ekonomi Malaysia dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), berkata daya utama yang berada pada peringkat awal ini “mencerminkan semangat kerjasama antara kedua-dua pihak serta kepentingan bersama dalam memastikan JS-SEZ dapat membantu memacu pertumbuhan ekonomi”.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, dan Menteri Ekonomi Malaysia, Encik Mohd Rafizi Ramli, telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) JS-SEZ ini di Johor Bahru pada 11 Januari.

Upacara itu disaksikan oleh Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemeteraian MOU itu dilihat sebagai langkah memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara, menurut MTI dan Kementerian Ekonomi Malaysia.

Kedua-dua pihak juga bersetuju terus bekerjasama ke arah perjanjian penuh mengenai JS-SEZ dan akan mengemas kini perinciannya di Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 nanti. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >