Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keadaan sepi di Sri Lanka sorok situasi di sebalik krisis

Harga bekalan makanan, belanja pengangkutan semakin meningkat dan tidak termampu oleh rakyat
Jan 16, 2023 | 05:30 AM



SUDAH lama berlalu, apabila sekumpulan penunjuk perasaan yang menduduki kawasan sekitar pejabat presiden selama berbulan-bulan, semasa krisis ekonomi terburuk Sri Lanka sejak kemerdekaan.



Sebaliknya, kini muncul pula kerumunan kumpulan orang yang menyanyi di hadapan bangunan Sekretariat Negara, dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.



Di samping bangunan tersebut, berdiri sebuah pohon Krismas setinggi 24 meter, yang menjadi mercu tanda yang dihias indah, dikelilingi gerai-gerai makanan dan beberapa pentas pertunjukan.



Apabila tembakan bunga api menjulang di angkasa bagi menyambut tahun baru, ribuan orang membanjiri kawasan persiaran pinggir laut yang dikenali sebagai Galle Face Green.



Semua itu adalah sebahagian daripada zon pesta yang dirancang oleh pemerintah, sebagai daya tarikan pelancong ke kawasan pusat bandar di daerah ibu kota Colombo, Sri Lanka.



Tetapi, bagi kebanyakan penduduk tempatan, mereka tidak begitu ghairah untuk merayakan pesta menyambut tahun baru ini.



Kawasan tersebut lebih mengingatkan mereka tentang perhimpunan tunjuk-tunjuk perasaan, dari April hingga Ogos tahun lalu, bagi mendesak beberapa pemimpin negara itu berundur.



"Ia menjijikkan," kata Cik Swasthika Arulingam.



"Ia adalah satu paparan kekayaan yang tidak wajar, yang tidak dimiliki oleh negara ini, sedang rakyat sangat memerlukan pelbagai sumber untuk menjalani kehidupan."



Pesta berwarna-warni itu amat melukai hati kami," ujarnya, sambil menambah, "sedangkan lembaga elektrik negara mengalami kerugian 150 bilion rupees Sri Lanka ($545 juta) tahun ini.



Gangguan bekalan elektrik setiap hari juga dijangka berlarutan.



Bekalan makanan, belanja pengangkutan dan keperluan sekolah anak-anak semakin meningkat dan tidak termampu oleh rakyat.



Cukai dinaikkan lagi pada tahun baru ini, memburukkan lagi keadaan.



Kestabilan yang cuba dipaparkan ini adalah penuh kepura-puraan, kata Cik Arulingam, "sedangkan rakyat semakin tertekan dalam menjalani hidup seharian.



Sepanjang tahun lalu, rakyat Sri Lanka mengalami kekurangan bekalan makanan, minyak dan keperluan asas lain, gara-gara dasar pemerintah yang diburukkan lagi oleh wabak pandemik.



Rizab tukaran mata wang asing merosot dan negara berada diambang muflis.



Enam bulan setelah Presiden Gotabaya Rajapaksa digulingkan, rakyat negara itu semakin dicengkam kesulitan hidup.



Orang ramai mula mendesak pemerintah supaya segera mengadakan pilihan raya.



Pemimpin yang dilantik oleh parlimen bagi menggantikan Encik Rajapaksa, Encik Ranil Wickremesinghe, memang disambut baik, tetapi pilihan raya pemerintah tempatan perlu diadakan, dijangka pada bulan depan setelah setahun tertangguh.



"Sebarang bentuk bantahan di Sri Lanka sekarang ditegah," kata Cik Shreen Saroor, seorang pejuang tempatan hak asasi manusia.



"Beliau (Encik Wickremesinghe) menggenggam kuasanya dan melakukan apa yang difikirnya perlu, sekalipun mengerahkan tentera untuk mengawal negara," katanya.



Para pengkritik berkata sistem yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada presiden telah diamalkan oleh mantan presiden Encik Rajapaksa sepanjang dua dekad beliau berkuasa.



Desakan memansuhkan sistem itu dan reformasi perlembagaan, menjadi tuntutan utama para penunjuk perasaan pada tahun lalu.



Paderi Jeewantha Peiris, pemimpin Katolik, adalah di antara mereka yang didakwa atas kesalahan jenayah termasuk melakukan serangan dan mengadakan perhimpunan haram.



Beliau mencabar dakwaan itu di mahkamah kerana menyifatkan tuduhan itu "tidak berasas."



Parlimen telah "mengkhianati rakyat" apabila mereka memilih Encik Wickremesinghe sebagai presiden, kata Paderi Jeewantha, merujuk kepada bekas perdana menteri sebanyak enam kali itu dan menyifatkannya sebagai "satu lagi anasir yang mengamalkan sistem rasuah."



Seorang lagi paderi yang terkenal di kalangan kaum minoriti Tamil dan pekerja penoreh getah, di perkampungan Doloswala di selatan Sri Lanka, Paderi Peiris berkata pemerintah baru itu telah mengabaikan penduduk miskin negara itu.



Beliau adalah di antara mereka yang berhimpun di lapangan Galle Face Green itu dan menyatakan, "negara memerlukan satu gerakan kebangsaan untuk mewujudkan perubahan struktural."



Katanya lagi, inilah kali pertama rakyat Sri Lanka bersatu padu, berjuang untuk mewujudkan kebaikan, tanpa mengira kaum, agama dan ideologi.



"Tiada ada perpecahan di kalangan kita dan semua merasakan telah menjadi mangsa," ujarnya.



Dr Paikiasothy Saravanamuttu, pengasas Pusat bagi Dasar Alternatif, berkata sebahagian rakyat Sri Lanka, terutama golongan tua, melihat Encik Wickremesinghe sebagai pilihan terbaik untuk menyelamatkan negara yang sedang menghadapi krisis kewangan dan ekonomi.



"Tetapi beliau harus patuh kepada jadual bagi mengadakan pilihan raya di peringkat negeri dan juga pilihan raya presiden," katanya.



Sementara Sri Lanka menunggu bantuan bernilai AS$2.9 bilion dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan jaminan kewangan dari China serta lain-lain peminjam, rakyat negara itu terpaksa menjalani kesulitan buat sementara waktu.



Dr Saravanamuttu menyuarakan amaran satu tunjuk perasaan besar-besaran yang baru dijangka berlaku tidak lama lagi, terutama di kawasan-kawasan di luar ibu kota Colombo, di mana penduduknya lebih miskin dan akan teruk terjejas dengan kenaikan kos bekalan makanan dan minyak.



"Orang ramai akan keluar membantah, bukan kerana mahukan reformasi perlembagaan atau pemeriksaan kekebalan, tetapi kerana mereka tidak dapat meneruskan hidup," katanya.



"Ini lebih berbahaya, kerana tindakan mereka lebih spontan," ujar beliau.




► Rencana ini ditulis oleh Sam Cabral, dari Perbadanan Penyiaran British (BBC), Colombo.




"Orang ramai akan keluar membantah, bukan kerana mahukan reformasi perlembagaan atau pemeriksaan kekebalan, tetapi kerana mereka tidak dapat meneruskan hidup.
Ini lebih berbahaya, kerana tindakan mereka lebih spontan."
- Pengasas Pusat bagi Dasar Alternatif, Dr Paikiasothy Saravanamuttu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >