Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran belukar, lebih 100 sekolah ditutup di Australia

Nov 20, 2019 | 04:38 PM



SYDNEY: Lebih 100 sekolah di tenggara Australia ditutup hari ini dan pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk di zon berisiko tinggi supaya bersiap sedia berpindah ketika ramalan suhu tinggi tidak mustahil menyebabkan kebakaran baru.


Australia bergelut menangani kebakaran belukar di beberapa kawasan selama beberapa hari, membahayakan ribuan penduduk di banyak tempat. Kebakaran setakat bulan ini meragut sekurang-kurangnya empat nyawa, memusnahkan sejuta hektar kawasan pertanian dan belukar serta lebih 300 rumah.


Hari ini, perhatian terarah dari kawasan pantai timur ke negeri Selatan Australia di mana pihak berkuasa menukar amaran bahaya kebakaran kepada ‘malapetaka’, dengan suhu dijangka mencecah 42 darjah Celsius dan angin kencang juga diramalkan.


Amaran malapetaka bermaksud jika kebakaran berlaku, agak mustahil buat anggota bomba mengawalnya disebabkan keadaan cuaca.


“Jika kebakaran berlaku, aktiviti bertambah buruk, pantas dan sukar dikawal,” kata penolong ketua pegawai perkhidmatan Bomba Selatan Australia kepada media di ibu kota Adelaide.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >