ASTANA – Seramai 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar di timur laut Kazakhstan, kata Kementerian Keadaan Kecemasan pada hari Sabtu, angka tertinggi di negara Asia Tengah itu dalam beberapa tahun.
“Secara keseluruhannya, 14 mayat telah ditemui,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, setelah sebelum ini mengumumkan ia sedang mencari renjer hutan yang terperangkap kerana kebakaran memakan 60,000 hektar tanah.
Kementerian itu berkata, seramai 316 orang telah dipindahkan tetapi keadaan terkawal dan rumah selamat, walaupun suhu tinggi dan perubahan arah angin menghalang tindak balas.
Presiden Kazakhstan, Encik Kassym-Jomart Tokayev, telah memecat Menteri Keadaan Kecemasan, Encik Yury Ilyin, pada Sabtu.
Lebih 1,000 orang, kebanyakannya dari kementerian Pertahanan dan Keadaan Kecemasan, mengambil bahagian dalam usaha memadamkan kebakaran.
Mereka dimulakan dengan kilat pada hari Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan di negara bekas Soviet yang luas itu.
Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, telah mengutus ucapan takziah kepada Encik Tokayev. - AFP
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg