Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran hutan jejas kegiatan harian, usaha pembenihan awan dipertingkat

Oct 04, 2023 | 12:30 PM



JAKARTA: Hampir separuh daripada wilayah Indonesia berada dalam “risiko tinggi kebakaran hutan” dengan pemerintah mengesahkan bahawa 2,267 hektar tanah terjejas dek api kebakaran.


Musim kemarau berpanjangan membawa risiko kebakaran hutan yang lebih tinggi di pulau utama negara kepulauan itu sepanjang Oktober.

Wilayah Kalimantan Tengah, Sumatera Selatan dan Jambi antara kawasan paling terdedah kepada kebakaran hutan, kata pegawai pemerintah selepas mesyuarat kabinet dengan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo pada Selasa mengenai bencana kebakaran, lapor The Jakarta Post.


Dalam masa yang sama, kesan kebakaran itu telah menyaksikan banyak sekolah ditutup berikutan mutu udara yang semakin merosot dan peningkatan kes jangkitan pernafasan.

Pada Selasa, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) mengemas kini peta yang menunjukkan lokasi yang mengalami kekeringan luar biasa. Kawasan Sumatera Selatan, Kalimantan Selatan dan hampir keseluruhan Jawa dilabelkan sebagai “sangat kering”.

Ketua BMKG, Encik Dwikorita Karnawati, berkata: “Puncak El Nino yang bermula pada bulan September belum reda. Kebakaran boleh berlaku tanpa campur tangan kegiatan manusia.”

Sebagai tindak balas, beberapa kementerian dan agensi pemerintah mengadakan mesyuarat di Istana Presiden untuk membincangkan langkah pencegahan.

Pada Isnin, sebanyak 6,659 kawasan tompok panas dikesan sebagai kawasan berisiko tinggi terbakar.

Kebakaran hutan kebelakangan ini telah mengganggu kegiatan harian seperti sekolah dan pekerjaan. Khususnya di Sumatera dan Kalimantan, kes jangkitan pernafasan akut telah meningkat sejak September.

Data dari Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan menunjukkan bahawa mutu udara di daerah Kotawaringin Timur di Kalimantan Tengah mencatat indeks mutu udara (AQI) 764 pada malam Selasa.

Indeks melebihi 301 dikategorikan sebagai “berbahaya” dan mungkin boleh menyebabkan kemudaratan serius kepada kesihatan.

Kota Banjarmasin di Kalimantan Selatan telah mengarahkan pembelajaran maya bagi semua pelajar mulai Rabu hingga Ahad, sementara lebih 760,000 pelajar di Jambi diarahkan untuk berada di rumah sehingga Khamis.

“Kabut asap tebal menyebabkan kami menghentikan persekolahan daripada prasekolah hingga sekolah rendah,” kata Datuk Bandar, Encik Syarif Fasha kepada pemberita di dewan bandaraya Jambi.

Beliau berkata, larangan persekolahan itu akan dilanjutkan jika jerebu berterusan.

Pemerintah tempatan turut meminta penduduk memakai pelitup muka dan mengurangkan kegiatan luar kerana mutu udara yang semakin merosot.

Ratusan penduduk dilaporkan turut melakukan solat memohon agar hujan turun di beberapa bandar yang dilanda jerebu pada Khamis ketika kebakaran hutan berlaku pada musim kering.

Penduduk di Depok Jawa Tengah mengadakan solat sunat istisqa (memohon hujan).

Ketua Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN), Encik Laksana Tri Handoko, mengatakan bahawa operasi pembenihan awan telah diselaraskan di Jambi, Sumatera Selatan, dan Kalimantan.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), Encik Suharyanto, berkata pihaknya telah menghantar 35 helikopter untuk memadamkan api.

Sementara itu, di Ngawi, Jawa Timur, kebakaran telah melanda Gunung Lawu selama lima hari berturut-turut, melibatkan 1,100 hektar tanah.

Menteri Alam Sekitar, Cik Siti Nurbaya Bakar, pada Selasa mengatakan bahawa 144 syarikat telah menerima amaran daripada kementerian berkenaan kebakaran hutan di kawasan konsesi mereka.

Sebelum ini, kementerian telah mengingatkan akan mengawasi syarikat yang didapati bersalah menyumbang kepada bencana kebakaran hutan.

BMKG berkata dengan cuaca El Nino ketika ini yang membawa suhu permukaan laut lebih panas daripada purata berhampiran khatulistiwa, ia mengakibatkan cuaca kering, titik panas dijangka kekal hingga beberapa bulan akan datang dijangka sehingga Mac.

Encik Dwikorita berkata, “Hujan kemungkinan akan tiba pada November dan kesan El Nino akan reda. Musim kemarau ini akan berakhir, insya-Allah.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >