Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran maut di kelab: Pemilik bar disiasat atas kecuaian jenayah

Jan 4, 2026 | 2:12 PM
Seorang pengunjung berdiri di tapak di luar Bar Le Constellation di Crans-Montana, Switzerland, pada 4 Januari bagi memperingati mangsa yang terkorban.
Seorang pengunjung berdiri di tapak di luar Bar Le Constellation di Crans-Montana, Switzerland, pada 4 Januari bagi memperingati mangsa yang terkorban. - Foto REUTERS

CRANS-MONTANA (Switzerland): Pendakwa raya awam Valais telah memulakan siasatan jenayah terhadap pengendali Bar Le Constellation di Crans-Montana, Switzerland, susulan kebakaran maut yang tercetus pada malam Tahun Baru.

Kedua-dua individu disyaki melakukan pembunuhan dan kecederaan kepada orang lain tanpa niat, serta menyebabkan kebakaran secara cuai, kata ketua pendakwa raya wilayah Valais, Cik Beatrice Pilloud.

Beliau berkata siasatan tersebut dimulakan pada 2 Januari dan akan membantu untuk “meneliti semua petunjuk”.

Pengumuman mengenai siasatan itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pengurus bar berkenaan.

Lebih 100 individu cedera akibat kebakaran yang berlaku sekitar 1.30 pagi di Bar Le Constellation, yang terletak di bandar peranginan Alpine Crans-Montana.

Polis berkata ramai mangsa berusia dalam lingkungan remaja hingga pertengahan usia 20-an.

Proses mengenal pasti mangsa yang terkorban dan cedera diteruskan.

Penyiasat berkata percikan lilin dipercayai telah mencetuskan kebakaran apabila ia diletakkan terlalu dekat dengan siling bar yang sesak itu.

Pihak berkuasa merancang menyiasat sama ada bahan peredam bunyi di siling mematuhi peraturan serta sama ada penggunaan lilin tersebut dibenarkan di bar tersebut. Langkah keselamatan lain di premis itu, termasuk alat pemadam api dan laluan keluar kecemasan, juga akan diteliti.

Menteri Kehakiman Switzerland, Encik Beat Jans, berkata pihak berkuasa masih belum dapat memberikan jawapan dan bertambah “kami tahu dunia memerlukan jawapan bagi persoalan ini”.

Tahap mangsa yang kelecuran menyukarkan proses mengenal pasti mangsa yang terkorban dan cedera, sekali gus memerlukan ahli keluarga membekalkan sampel DNA kepada pihak berkuasa. Dalam beberapa kes, dompet serta dokumen pengenalan diri musnah akibat kebakaran yang berlaku.

Duta Besar Italy ke Switzerland, Encik Gian Lorenzo Cornado, berkata jumlah mangsa cedera kini mencecah 121 orang, dengan lima masih belum dikenal pasti. Beliau menambah bahawa 14 warga Italy daripada jumlah itu sedang dirawat di hospital.

Encik Cornado akur wujudnya “tekanan yang besar”, namun berkata adalah wajar bagi pihak berkuasa untuk berkongsi maklumat hanya apabila ia “tepat dan 100 peratus pasti”. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg