PARIS: Beberapa negara mula melancarkan siasatan terhadap kes mengelakkan cukai selepas kebocoran maklumat sulit mengenai urusan kewangan luar pesisir membabitkan ahli politik dan selebriti.
Skandal itu meletup pada Ahad apabila kumpulan media mula mendedahkan keputusan siasatan selama setahun mengenai 11.5 juta dokumen daripada firma guaman Panama, Mossack Fonseca, yang pakar dalam mewujudkan syarikat luar pesisir.