Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS kecam dua menteri Israel usul penduduk Palestin pindah ke negara lain

Jan 03, 2024 | 03:14 PM



WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat melemparkan teguran tajam berhubung kenyataan oleh dua menteri Israel yang mencadangkan bahawa orang awam Palestin harus secara sukarela meninggalkan Gaza.


Mereka juga mendesak agar petempatan Israel dikembalikan di wilayah itu sebagai sebahagian daripada penyelesaian jangka panjang peperangan.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller, menyifatkan kenyataan oleh Encik Itamar Ben Gvir, Menteri Keselamatan Negara, dan Encik Bezalel Smotrich, Menteri Kewangan, sebagai komen “menghasut dan tidak bertanggungjawab”.

“Kami telah diberitahu berulang kali dan secara konsisten oleh pemerintah Israel, termasuk oleh Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, bahawa kenyataan sedemikian tidak mencerminkan dasar pemerintah Israel,” kata Encik Miller sambil menegaskan: “Mereka harus segera menghentikannya.”

Encik Ben Gvir, yang bercakap dalam mesyuarat parti Otzma Yehudit pada 1 Januari di Parlimen Israel, berkata bahawa perang dengan Hamas memberikan “peluang untuk menumpukan perhatian kepada menggalakkan penghijrahan penduduk Gaza.”

Portal berita The Times of Israel , menukil beliau sebagai menyatakan bahawa itu akan menjadi “penyelesaian yang betul, adil, bermoral dan berperikemanusiaan”.


Beliau menambah:

“Kami tidak boleh berundur dari mana-mana wilayah yang telah kami berada di Jaluran Gaza. Bukan sahaja saya tidak menolak petempatan Yahudi di sana, saya percaya ia juga satu perkara yang penting.”

Encik Smotrich pula dipetik sebagai menyatakan kepada parti Religious Zionism bahawa “penyelesaian yang betul” kepada perang itu adalah “untuk menggalakkan penghijrahan sukarela penduduk Gaza ke negara-negara yang bersetuju menerima pelarian” dan bahawa Israel akan “menguasai wilayah Jaluran Gaza secara kekal,” termasuk melalui penubuhan petempatan.

Dalam kenyataannya, Encik Miller berkata:

“Kami telah secara jelas, konsisten dan tidak berbelah bahagi bahawa Gaza adalah tanah Palestin dan akan kekal sebagai tanah Palestin, dengan Hamas tidak lagi mengawal masa depannya dan tanpa kumpulan pengganas yang boleh mengancam Israel. Itulah masa depan yang kita cari, demi kepentingan rakyat Israel dan Palestin, rantau sekitarnya dan dunia.”

Kedua-dua Encik Ben Gvir dan Encik Smotrich adalah penduduk petempatan di Tebing Barat yang diduduki Israel – kawasan yang dianggap diduduki secara tidak sah oleh Amerika dan sebahagian besar dunia.

Israel mengalihkan semua petempatannya di Gaza, dan beberapa petempatan kecil di Tebing Barat, di bawah “rancangan pemisahan” yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Ariel Sharon pada 2005. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >