Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kecoh apabila wanita di M’sia bersuami dua

Nov 23, 2023 | 10:20 AM



PULAU PINANG: Cerita seorang isteri yang bersuami dua akhirnya pecah tembelang juga walaupun si isteri berjaya menyembunyikan rahsia itu selama lebih setahun.

Begitulah yang dikongsikan oleh peguam yang mengendalikan kes itu sendiri, Encik Shazril Khairy Mustafa, yang memuat naikkan cerita kes itu sebagai iktibar dan panduan di laman TikToknya.

Menurut peguam yang mempunyai pengalaman lebih daripada 23 tahun itu, isu tersebut timbul apabila seorang bapa merujuk kepadanya untuk pernikahan anak beliau.

Wanita itu telah menikahi seorang jejaka pilihan hatinya secara rahsia di Thailand, dan kemudiannya, dikahwinkan pula dengan jejaka yang direstui keluarganya di Malaysia.

Berita Harian (BH) menghubungi peguam Encik Shazril dari Shazril Khairi Mustafa & Associates yang berpangkalan di Pulau Pinang. Beliau mengesahkan kes ini telah berlaku lebih 10 tahun lalu dan melibatkan dua negeri, iaitu, Pulau Pinang dan Perak. Menurutnya, suami pertama berasal dari Perak dan suami kedua pula berasal dari Pulau Pinang.

Wanita yang dalam lingkungan 20-an itu tinggal di rumah bapanya bersama suami kedua, tetapi pulang ke rumah suami pertama pada pagi hari, dengan alasan pergi ke kerja. Hal itu tidak diketahui kedua-dua pihak suami atau keluarganya sendiri.

Pendedahan terbongkar apabila suami pertama membawa surat nikahnya ke pejabat agama di Malaysia untuk mendapatkan pengesahan bagi perkahwinan mereka.

Kata Encik Shazril dalam sebuah video untuk Mingguan Wanita baru-baru ini:

“Kita tidak boleh nafikan sama ada perkahwinan pertama itu sah ataupun tidak, kerana wanita tersebut sekerasnya-kerasnya menafikan dan enggan mengaku…”

Disebabkan kerumitan itu, Encik Shazril telah mencadangkan kepada bapa wanita itu untuk mendapatkan pengesahan rasmi dari pejabat agama Islam di Songkhla.

Menurut Encik Shazril lagi:

“Di masjid agama Islam Songkhla, ada surat akuan dari seorang wanita yang mengatakan beliau secara ikhlas, tanpa paksa dan sukarela telah mengizinkan pernikahan tersebut. Surat akuan itu ditulis dengan tulisan tangan, dan disahkan oleh bapa wanita itu sebagai tulisan anaknya sendiri.”

Sekembali ke Malaysia, Encik Shazril bertemu dengan wanita yang dimaksudkan dan meminta beliau menjelaskan situasi dengan jujur, supaya kes dapat diselesaikan.

“Akhirnya beliau mengaku telah berkahwin dengan suami pertama di Thailand, dan pernikahan tersebut belum disahkan lagi,” tambah Encik Shazril yang menyatakan juga, wanita itu tidak mahu berpisah dan sayang dengan kedua-duanya.

Menurutnya, dari segi hukum adalah haram, perlukan penyelesaian dan perlu pilihan sama ada beliau mahu bersama suami pertama atau kedua. Kes ini tentu akan lebih rumit sekiranya wanita itu mendapat zuriat, kerana perlukan ujian DNA untuk memastikan ayah kandung kepada anak itu.

“Untung tidak ada zuriat, jika tidak tentu akan jadi masalah, sebab kita perlu sabitkan anak itu – sama ada anak suami pertama atau kedua. Status anak itu akan terjadi anak subahat atau anak tidak sah taraf,” ujar peguam itu.

Wanita itu dikhabarkan telah memilih suami kedua, iaitu jejaka pilihan keluarganya dan telah melalui proses mahkamah untuk bercerai dengan suami pertama dan dinikahkan semula dengan suami yang kedua.

Ditanya sama ada perkahwinan sebegini pernah terjadi, Encik Shazril berkongsi:

“Selalunya ia berlaku di kalangan warga asing yang mengaku bujang untuk berkahwin dengan warganegara malaysia, sedangkan di negara asal ada suami dan masih belum bercerai.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >