Pengaruh cerita cinta, kisah perpisahan selebriti pada peminat
Pengguna Berdaftar
Pengaruh cerita cinta, kisah perpisahan selebriti pada peminat
Selain wujud kelompok ‘shipper’ yang mengharap penyatuan selebriti yang digemari, kreativiti peminat turut jana cereka romantis di media sosial
Sep 25, 2023 | 5:30 AM
RUJUK SEMULA: Berita pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle, rujuk semula pada 31 Ogos selepas sebulan sahkan perceraian adalah antara yang dinanti-nantikan peminat yang senang dengan keputusan yang dibuat. - Foto KOSMO! ONLINE
Seminggu dua ini, banyak pula kisah alam perkahwinan pasangan selebriti, baik di Hollywood dan Malaywood yang terpampang di media sosial. Kalau berbual dengan kawan yang mengikuti perkembangan artis, ada sahaja yang ingin dijadikan topik sembang santai.
“Dengarnya, Hugh Jackman dan isterinya selama 27 tahun, Deborra-Lee Furness, sudah bercerai. Eh tadi baca berita Mimi Lana dan Syafiq Kyle dah batalkan perkahwinan. Lepas tu, yang ini, orang ‘confirm happy’... Farid Kamil dan Diana Danielle dah rujuk semula 31 Ogos lalu! Macam tak sangka ya?” kata seorang teman kepada saya apabila tiga berita ini diterbitkan serentak pada minggu yang sama.
Laporan berkaitan
Netizen tidak perlu apikan lagi cerita ‘penyondol’ sampai meleretSep 15, 2023 | 8:51 AM
Pukulan TikTok: Bantu bangkitkan lagu, artis sepiJul 20, 2023 | 1:07 AM

