Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-15 MALAYSIA

Kehadiran 'gergasi' politik tanding di Perak dialu-alu

BN Perak anggap kedatangan pemimpin tertinggi M'sia sebagai positif yang akan gerakkan jentera parti
Oct 25, 2022 | 07:16 AM



TANJUNG MALIM: Barisan Nasional (BN) Perak mengalu-alukan kehadiran pemimpin tertinggi parti politik Malaysia yang dijangka memilih negeri itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



BN Perak menganggap kedatangan "gergasi" politik itu sebagai sesuatu yang positif, dan akan menggerakkan jentera parti itu.



Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jentera BN telah lama bersiap sedia untuk menghadapi sesiapa sahaja calon lawan



"Kepada Barisan Nasional, ini bagus, kalau tak ada tentangan, tak ada 'giant ' (gergasi politik) datang, kita bimbang kalau-kalau jentera Barisan Nasional tidur tetapi dengan kehadiran 'giant-giant' ini, jentera Barisan Nasional bangkit, bangkit berikrar dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan giant-giant' ini will be killed," katanya.



Beliau ditemui ketika Program Ramah Mesra Dengan Keluarga K. Devagi Sempena Hari Deepavali di Kampung Chengai, Sungkai, Tanjong Malim, Perak, semalam.



Dengan itu, beliau mengingatkan jentera parti supaya tidak terpedaya dengan propaganda pihak lawan.



Menjelang PRU15 pada 19 November ini, Perak dijangka menyaksikan beberapa nama-nama besar yang akan mencuba nasib mereka.



Antaranya ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.



Pada Khamis lalu Anwar mengumumkan hasratnya untuk beralih dari Port Dickson dan bertanding di kerusi Parlimen Tambun bagi PRU15.



Sehari kemudian, Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau meminati peluang menentang Anwar kerana beliau adalah anak tempatan.



Saarani, yang merupakan menteri besar sementara Perak, berkata beliau tidak bimbang tentang Anwar yang mencari kerusi di Perak.



"Saya yakin (BN akan menang) kerana jentera kita sudah lama bekerja, dan mereka ada di mana-mana. Kita tahu apa yang kita mampu.



Saarani, yang memegang kerusi DUN Kota Tampan, berkata beliau percaya pengundi telah mengambil pengajaran mereka apabila BN kalah pada 2018.



"Saya tidak fikir orang Tambun mudah terpedaya. Calon Ahli Parlimen Tambun (Anwar) pernah mengetuai jentera pilihan raya negeri Sarawak, tetapi berakhir dengan tangan kosong.



"Dia (Anwar) juga mengetuai jentera pilihan raya negeri Melaka dan Johor, tetapi keluar dengan tangan kosong. Saya tidak fikir orang Tambun akan mengundinya apabila dia gagal menang di Melaka, Sarawak dan Johor.



"Kami akan menolaknya. Apa masalahnya? Saya tidak bimbang, saya seorang pejuang dan dia (Anwar) tidak akan membuat saya tak tidur malam," katanya.



Ditanya mengenai kemungkinan Ketua Umno Bahagian Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah menentang Anwar di kawasan itu, Saarani berkata ia masih belum dimuktamadkan.




"Kepada Barisan Nasional, ini bagus, kalau tak ada tentangan, tak ada 'giant ' (gergasi politik) datang, kita bimbang kalau-kalau jentera Barisan Nasional tidur tetapi dengan kehadiran 'giant-giant' ini, jentera Barisan Nasional bangkit, bangkit berikrar dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan giant-giant' ini will be killed."
- Datuk Seri Saarani Mohamad, Pengerusi BN Perak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >