Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelab bukan liga, Macclesfield, bakal temu Brentford dalam pusingan ke-4

Jan 13, 2026 | 2:04 PM
Crystal Palace, Piala FA, Macclesfield
Marc Guehi (kanan) daripada Crystal Palace kelihatan kecewa ketika pemain Macclesfield meraikan kejayaan selepas perlawanan pada 10 Januari 2025. - Foto REUTERS

LONDON: Kelab bukan liga, Macclesfield, akan berdepan satu lagi pasukan Liga Perdana England (EPL) di Stadium Moss Rose apabila mereka bakal menentang Brentford dalam pusingan keempat Piala FA.

Pasukan pimpinan John Rooney itu memberi kejutan terbesar dalam pertandingan ini dan secara statistiknya, kekalahan paling teruk dalam sejarah Piala FA apabila mereka mengalahkan pasukan liga utama dan juara bertahan, Crystal Palace, pada hujung minggu lalu.

Macclesfield menang 2-1 selepas gol disumbat kapten Paul Dawson dan Isaac Buckley-Rickett pada hari bersejarah untuk pasukan itu yang berharap dapat mengulangi keputusan itu apabila mereka menentang Brentford Februari nanti.

Seperti biasa, undian Piala FA menetapkan beberapa perlawanan yang mendebarkan termasuk pertembungan antara Aston Villa dengan Newcastle di Villa Park, dan antara Liverpool dengan Brighton.

Bagi pendahulu EPL, Arsenal, mereka akan berdepan pemenang Piala FA 2013, Wigan Athletic, dalam perlawanan di tempat sendiri dengan pengurus Mikel Arteta masih menetapkan sasaran untuk memenangi sebanyak mungkin piala pada 2026.

The Gunners masih bertanding dalam keempat-empat pertandingan manakala Wigan, yang telah menewaskan pasukan lawan dalam liga yang lebih tinggi dengan kemenangan 1-0 ke atas Preston North End, berharap dapat mencipta satu lagi kejutan.

Manchester City akan menantikan pemenang perlawanan Salford menentang Swindon – dengan perlawanan tertangguh mereka masih belum dimainkan – manakala Burton Albion dan Mansfield Town masing-masing akan bertarung menentang West Ham dan Burnley.

Pengurus baru Chelsea, Liam Rosenior, berharap dapat memberi kesan besar selepas membimbing The Blues menewaskan Charlton 5-1 pada hujung minggu lalu.

Setelah menggantikan Enzo Maresca di Stamford Bridge, Rosenior berpeluang membawa Chelsea ke dua perlawanan akhir piala dalam beberapa bulan pertamanya mengendalikan pasukan tersebut.

Pasukan Wrexham yang telah menaiki liga berturut-turut sejak Rob McElhenney dan Ryan Reynolds membeli kelab itu dan, setelah menewaskan Nottingham Forest melalui penentuan penalti pada pusingan ketiga, kini menghadapi satu lagi ujian sukar menentang pasukan pilihan, Ipswich Town. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg