Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelantan hadkan solat di masjid bagi kekang penularan koronavirus

Apr 22, 2021 | 5:30 AM
NIKMATI REMANG SENJA: Dua wanita ini berbuka puasa di tengah ibu kota Kuala Lumpur, di Dataran Merdeka, berlatarbelakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad yang bersejarah, kelmarin. - Foto REUTERS
NIKMATI REMANG SENJA: Dua wanita ini berbuka puasa di tengah ibu kota Kuala Lumpur, di Dataran Merdeka, berlatarbelakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad yang bersejarah, kelmarin. - Foto REUTERS -

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan solat sunat tarawih dan Jumaat serta fardhu hanya dibenarkan di 17 masjid bandar dan jajahan di Kelantan, susulan peningkatan kes Covid-19, berkuatkuasa mulai semalam.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata bagi masjid mukim, surau dan musolla di serata Kelantan ditutup sehingga suatu tarikh yang dimaklumkan kelak.

Katanya, pelaksanaan solat Jumaat, fardhu dan tarawih di masjid negeri, jajahan dan bandar adalah dibenarkan 50 peratus daripada kapasiti masjid selepas penjarakan.

"Aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus Al-Quran, iktikaf dan lain-lain adalah tidak dibenarkan. Jemaah hendaklah berada dalam saf dengan jarak dua meter. Bagi semua masjid mukim, surau dan musolla ditutup untuk semua aktiviti.

"Oleh itu, MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musolla.

"Tindakan sewajarnya akan diambil atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini. Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah swt pasti membantu dan memperkenankan doa kita semua," katanya.

Menurut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di Facebook pagi semalam, Kelantan terus mencatatkan kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) tertinggi berbanding negeri lain bagi tempoh tiga hari berturut-turut iaitu 1.43.

Ini meskipun kadar Rt mengikut kes harian di seluruh negara mencatatkan sedikit penurunan apabila Rt 1.16 direkodkan kelmarin (20 Apr) berbanding 1.17 pada hari sebelumnya.

Selepas Kelantan, ia diikuti Kuala Lumpur pada kadar 1.28, Negeri Sembilan dengan 1.18 dan Sarawak (1.17). Keempat-empat wilayah dan negeri berkenaan mencatatkan kadar Rt melebihi nilai kebangsaan.

Selangor dan Sabah masing-masing mencatatkan Rt 1.10, Johor (1.09), Melaka (1.06), Kedah (1.09), Pahang (1.00) dan Terengganu (1.15).

Negeri dan wilayah yang mencatatkan Rt bawah 1 adalah Pulau Pinang dengan 0.91, Putrajaya (0.97) dan Perak (0.82).

"Di Perlis terdapat tiga kes Covid-19 direkodkan dan Labuan, cuma satu kes," katanya.

Paparan grafik turut menunjukkan trend peningkatan Rt tertinggi dalam tempoh tujuh hari lalu adalah pada 17 April dengan kadar 1.19, manakala kadar Rt terendah direkodkan pada 14 April dengan 1.14.

Nilai Rt adalah salah satu penunjuk digunakan oleh KKM dalam membuat penilaian risiko. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Kes baru positif Covid-19 kembali melebihi 2,000 kes sejak 15 April lalu dengan 2,148 kes direkodkan, 16 April (2,551), 17 April (2,331), 18 April (2,195), 19 April (2,078) dan kelmarin (2,341). - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg