Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga mangsa peringati ulang tahun tragedi rempuhan stadium di Malang

Oct 02, 2023 | 01:32 PM



MALANG: Beberapa anggota keluarga mangsa kelihatan menangis dan ada di antara mereka yang pengsan ketika berdoa di tugu peringatan sementara di Pintu 13 di Stadium Kanjuruhan, Malang Jawa Timur yang mengorbankan 135 nyawa pada Oktober tahun 2022.


“Saya berasa sangat sedih, tetapi kami semua berdoa bersama-sama. Semoga semua arwah yang meninggal dunia berada di syurga. “Pihak berkuasa juga perlu siasat dengan teliti. Jangan ‘bermain’ dengan undang-undang,” kata keluarga mangsa yang dikenali sebagai Cik Misiati kepada AFP.

Anak lelaki Cik Misiati, Allahyarham Fillah Aziz Firmansyah, 20 tahun, antara yang terkorban dalam kejadian itu.

Cik Misiati adalah antara ratusan rakyat Indonesia yang memberikan penghormatan penuh emosi kepada mangsa tragedi rempuhan di Stadium Kanjuruhan pada Ahad dengan ramai saudara-mara, mangsa yang terselamat dan penyokong yang berduka berkumpul berdoa beramai-ramai di stadium itu.

Rempuhan maut berlaku pada penghujung perlawanan antara pasukan bola sepak Arema FC dan seteru, Persebaya Surabaya dengan anggota polis bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah penonton yang penuh sesak apabila penyokong tuan rumah menceroboh padang.

Sekurang-kurangnya 43 kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun maut, manakala ratusan lagi cedera dalam rempuhan berkenaan.

Cik Wahyu Jarwati, 51 tahun, berdoa dan melahirkan rasa sedih kerana ramai kanak-kanak terkorban dalam kejadian itu.

“Semua orang tidak bersalah kerana mereka hanya mahu menonton pasukan mereka beraksi, tetapi pada hakikatnya mereka pulang ke rumah hanya atas nama mereka,” kata Cik Wahyu.

Beberapa waris mangsa masih mencari keadilan dengan mendakwa hukuman penjara satu dan dua setengah tahun ke atas tiga pegawai polis dan dua orang awam kerana kecuaian menyebabkan kematian adalah terlalu ringan.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA mengharamkan penggunaan gas pemedih mata di dalam stadium.

Terdahulu Presiden Joko Widodo mengarahkan audit stadium di seluruh negara selepas tragedi itu dan berjanji untuk merobohkan dan membina semula Stadium Kanjuruhan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >