Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemalangan bas jemaah ragut 45 jiwa di Madinah

Nov 17, 2025 | 8:35 PM
Anggota keluarga dan saura mara para mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan bas dekat Madinah, Arab Saudi sedang bersedih di atas kejadian itu.
Anggota keluarga dan saura mara para mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan bas dekat Madinah, Arab Saudi sedang bersedih di atas kejadian itu. - Foto AFP

Riyadh: Satu kemalangan maut membabitkan bas yang dipenuhi jemaah India mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang berhampiran kota suci Madinah di Arab Saudi, kata polis India pada 17 November.

Kemalangan itu dianggap sebagai salah satu nahas paling maut di kerajaan Teluk dalam beberapa tahun.

“Kemalangan bas tragis yang melibatkan jemaah India di Arab Saudi amat mendukacitakan,” kata pesuruhjaya polis untuk bandar Hyderabad, Encik V.C. Sajjanar di mana ramai warga India dilaporkan berasal, memberitahu pemberita.

“Menurut maklumat awal, 46 orang sedang menaiki bas ketika kejadian, dan yang menyayat hati, hanya seorang terselamat,” katanya.

Pegawai Arab Saudi tidak memberikan angka di sebalik nahas itu.

Terdahulu pada 17 November, Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi menyampaikan ucapan takziah dalam satu catatan di media sosial, mengatakan kedutaan India sedang bekerjasama dengan pegawai Arab Saudi di tapak kejadian.

“Sangat sedih dengan kemalangan di Madinah yang melibatkan warga India. Fikiran saya bersama keluarga yang kehilangan orang tersayang,” tulis perdana menteri di platform X.

“Saya mendoakan agar semua yang cedera segera pulih. Kedutaan kami di Riyadh dan konsulat di Jeddah menyediakan semua bantuan yang mungkin,” tambahnya. – AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg