Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemarau panjang ancam Thailand, bekalan gula dan beras dunia

Pihak berkuasa beri amaran kemarau meluas mungkin berlaku mulai 2024
Jul 04, 2023 | 04:04 PM



BANGKOK: Thailand sedang membuat persiapan di luar jangkaan bagi menangani kemarau yang mungkin berlarutan selama beberapa tahun dan menjejas bekalan gula dan beras dunia.


Menurut pegawai pemerintah, hujan di merata negara itu mungkin 10 peratus di bawah purata pada musim tengkujuh ini, dan permulaan musim panas El Nino.

Ia juga boleh membuat keadaan bertambah buruk sepanjang dua tahun mendatang, katanya.

Pihak berkuasa memberi amaran Thailand akan menghadapi keadaan kemarau meluas mulai awal 2024.

Jangkaan buruk itu mendorong pihak berkuasa Thailand meminta petani membataskan penanaman padi bagi mengurangkan penggunaan air.

Di samping itu, pengeluar gula pula mengalami kemerosotan penghasilan buat kali pertama dalam tiga tahun.

Kemarau sudah pasti akan mengakibatkan inflasi di negara Asia Tenggara, dengan makanan ternakan, sayur-sayuran, makanan segar dan daging menjadi lebih mahal disebabkan kurangnya hasil tuaian.

Perdana Menteri Thailand, Encik Prayut Chan-o-cha telah meminta pembekal tenaga milik pemerintah, Penguasa Janakuasa Elektrik dan Pejabat Sumber Air Negara supaya membantu menyediakan program di luar jangkaan bagi menjimatkan air.

Dalam 2023, hujan di Thailand setakat ini adalah 28 peratus lebih rendah dari tempoh yang sama pada 2022, menurut data rasmi.

El Nino boleh mengakibatkan keadaan lebih kering di beberapa bahagian di Asia dan Afrika, serta hujan lebat di Amerika Selatan, yang akan memusnahkan banyak jenis tanaman di dunia.

El Nino lalu mengakibatkan kesan ketara ke atas inflasi sejagat dan menjejas Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara-negara dari Brazil hingga ke India dan Australia.

Thailand sedang cuba menggalak pemulihan pertumbuhan ekonominya yang sedang menghadapi kesukaran akibat kelembapan ekonomi di China – rakan niaga terbesarnya.

Satu kemarau panjang boleh merosakkan usahanya untuk mengawal inflasi.

Pada 2023, Thailand sudah pun mengalami cuaca paling panas.

“El Nino akan menimbulkan kekhuatiran yang lebih ke atas pertumbuhan daripada inflasi,” kata Encik Euben Paracuelles, seorang penganalisis di Nomura Holdings.

“Thailand adalah sebuah negara pengeksport makanan yang besar, dengan hanya separuh jumlah pengeluarannya digunakan dalam negeri.

“Maka penampan itu boleh membantu membataskan kesan inflasi jangka pendek, di samping kawalan harga dan subsidi kerajaan.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >