Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kematian pertama Covid-19 di Israel

Mar 21, 2020 | 1:43 PM
Seorang pekerja membersihkan kawasan sebuah hospital di Israel.
Seorang pekerja membersihkan kawasan sebuah hospital di Israel. - Foto EPA-EFE

BAITULMAKDIS: Seorang lelaki berusia 88 tahun yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia di Hospital Shaare Zedek di Jerusalem, Israel, malam tadi (20 Mac).

Ini menjadikannya kes kematian pertama akibat koronavirus di negara itu.

Menurut hospital tersebut, pesakit itu dimasukkan ke hospital dalam keadaan sangat serius.

Meskipun menjalani rawatan intensif, keadaannya bertambah teruk dengan cepat sehingga beliau meninggal dunia.

Menurut media tempatan, lelaki itu serta seorang lagi wanita berusia 89 tahun sedang bertarung nyawa di Hadassah Hospital Ein Kerem sekarang merupakan antara beberapa penduduk rumah tumpangan warga emas Nofim yang disahkan dijangkiti Covid-19.

Menurut Kementerian Kesihatan Israel, terdapat 705 kes Covid-19 di negara itu sehingga semalam, dengan sembilan pesakit dalam keadaan serius. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg