Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemelut di Sabah: Kabinet baru bakal dibentuk?

Jan 09, 2023 | 05:30 AM



MALAYSIA berdepan dengan satu lagi kemelut politik, selepas 'huraian' tercapai susulan kemelut pilihan raya umum baru-baru ini.



Sejak beberapa hari lalu, perkembangan terbaru di Sabah menyaksikan pergolakan setelah Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.



Laporan-laporan menyatakan kabinet baru Sabah dijangka diumumkan hari ini berikutan Datuk Seri Hajiji memberi bayangan mengenai rombakan Kabinet negeri.



Bagaimanapun, setakat ini belum ada maklumat rasmi berhubung pelantikan itu.



Malah terdapat laporan dikatakan rombakan Kabinet Sabah hanya akan diumumkan selepas pertemuan antara Datuk Seri Hajiji dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Pertemuan berkenaan dijangka berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah sekembalinya Datuk Seri Anwar dari lawatan rasminya ke Jakarta, Indonesia hari ini.



Sumber dalaman Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberitahu bahawa senarai ahli Jemaah Menteri baharu kerajaan negeri itu hanya akan diadakan pada hari ini.



Kelmarin, Datuk Seri Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memaklumkan akan memberi tumpuan khusus kepada isu politik di Sabah sebaik sahaja pulang daripada mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >