Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kementerian Kesihatan Malaysia tidak beri Najib layanan istimewa

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, menafikan Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan layanan istimewa kepada bekas Perdana Menteri, Encik Najib Tun Razak dengan menempatkannya di Hospital Rehabilitasi Cheras.



Sebaliknya, beliau berkata, Ahli Parlimen Pekan itu akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukumannya selepas doktor dan pakar mengesahkan beliau sudah boleh dibenarkan keluar.



Katanya, sebelum itu doktor dan pakar yang merawat Encik Najib akan mengadakan sidang keluarga untuk memaklumkan mengenai situasi kesihatannya.



"Tiada layanan istimewa. Dia pada mulanya dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini di Hospital Rehabilitasi Cheras.



"Ketika ini, mereka (doktor dan pakar) sedang menyediakan laporan kesihatan Najib untuk dikongsikan dengan keluarganya pada sidang keluarga itu.



"Sebaik laporan kesihatan sudah disediakan, ia bermakna pakar sudah berpuas hati (dengan tahap kesihatan) dan Najib boleh pulang (ke penjara)," katanya pada sidang media khas pencapaian satu tahunnya sebagai Menteri Kesihatan, kelmarin.



Encik Khairy berkata, beliau juga tidak boleh mengarahkan bila doktor dan pakar yang merawat Encik Najib patut mengadakan sidang keluarga itu.



Pada masa sama, beliau sebagai Menteri Kesihatan juga terikat dengan tata rahsia data peribadi pesakit termasuk Encik Najib.



Berikutan itu, katanya, beliau tidak boleh mendedahkan masalah kesihatan yang dialami Encik Najib ketika ini.



"Semua langkah dan tindakan yang diambil dalam menangani isu kesihatan Najib bagi mengelakkan timbul sebarang pertikaian baik daripada bekas Perdana Menteri itu, keluarganya atau mana-mana pihak.



"KKM menjalankan tugas secara profesional mengikut tatacara dan garis panduan sedia ada.



"Kita sudah sedia semua rawatan yang diperlukan dan semua pemeriksaan yang diminta, kita sudah melaksanakannya.



"Pada masa sama, beliau (Najib) diberikan latihan untuk melakukan sendiri rawatan rehabilitasi.



"Tiada rawatan fisioterapi yang dibuat tapi saya difahamkan boleh dibuat secara kendiri," katanya.



Bagaimanapun, Encik Khairy berkata, sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit termasuk banduan boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan mahkamah.



Sementara itu, Encik Khairy berkata, beliau sudah mengarahkan Pengarah HKL untuk menyiasat kes satu hantaran menggunakan kata-kata kesat oleh seorang pengguna media sosial yang dikatakan pegawai perubatan di hospital itu terhadap dakwaan Encik Najib tidak diberikan rawatan yang sewajarnya oleh anak perempuannya, Cik Nooryana Najwa Najib.



Katanya, jika didapati ada berlaku pelanggaran tata etika tindakan, disiplin boleh diambil terhadap pegawai itu.



"Siasatan perlu dibuat untuk mengesahkan akaun itu dimiliki oleh seorang pegawai perubatan dan kemudian terhadap pegawai perubatan yang menulis hantaran berkenaan.



"Apabila siasatan dibuat secara bebas dan telus, maka ada beberapa tindakan disiplin yang boleh dibuat mengikut garis panduan dibuat KKM.



"Siasatan tidak lama. Saya sudah mengarahkan Pengarah HKL untuk membuat siasatan. Yang penting adalah tata etika seorang pegawai dari segi kerahsiaan dan profesionalisme dan integritinya," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >