Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemudahan tentera Iran di Isfahan diserang dron

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



DUBAI: Satu letupan kuat berlaku di sebuah kilang ketenteraan berhampiran pusat bandar Isfahan di Iran malam kelmarin, yang disifatkan oleh pemerintah negara itu sebagai satu serangan dron yang dilengkapi bom.



Kementerian Pertahanan Iran memaklumkan, pihaknya tidak mempunyai sebarang petunjuk mahupun maklumat berhubung siapa dalang yang melakukan serangan itu.



Serangan dikatakan berlaku serentak ketika tercetusnya ketegangan dengan pihak Barat, berkaitan isu pembuatan nuklear dan bekalan senjata Iran kepada Russia dalam perang dengan Ukraine.



Sejauh mana kerosakan akibat letupan itu belum lagi dapat disahkan.



Tetapi, Kementerian Pertahanan Iran mengatakan, letupan tersebut mengakibatkan kerosakan kecil sahaja.



Rakaman video yang disiarkan oleh media Iran menunjukkan cahaya dari api kebakaran di kilang tersebut, yang menurut agensi berita rasmi Iran, IRNA, adalah sebuah kilang membuat peluru.



Rakaman video itu juga menunjukkan deretan kenderaan bantuan kecemasan dan bomba di luar kompleks berkenaan.



"Sekitar 11.30 malam hari Sabtu, satu serangan yang gagal telah dilancarkan dengan menggunakan sebuah kenderaan udara mikro (MAV) ke atas sebuah tapak bengkel tentera, menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan Iran, yang disiarkan sebuah stesen milik pemerintah negara itu."



Menurut kenyataan itu, sebuah dron telah ditembak jatuh, "dan dua buah lagi dapat ditawan dan kemudian meledak.



"Hanya kerosakan kecil dialami pada bumbung bengkel itu," menurut kenyataan itu lagi.- Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >