Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemuncak krisis koronavirus sudah di belakang kita, kata PM Britain sambil janji longgarkan perintah berkurung

May 1, 2020 | 10:26 AM
Perdana Menteri Britain Boris Johnson berucap di sidang akhbar pertamanya pada 30 April, sejak pulih dari dijangkiti Covid-19. - Foto AFP
Perdana Menteri Britain Boris Johnson berucap di sidang akhbar pertamanya pada 30 April, sejak pulih dari dijangkiti Covid-19. - Foto AFP -

LONDON: Perdana Menteri Boris Johnson pada Khamis (30 April) berkata bahawa Britain kini telah melepasi kemuncak kes koronavirus dan berjanji untuk mula merancang bagaimana negara itu boleh mula beransur-ansur kembali ke kehidupan normal.

Dalam sidang akhbar pertamanya sejak pulih dari Covid-19, Encik Johnson memberi harapan kepada rakyat Britain yang semakin gelisah, tetapi menggesa mereka untuk terus mengikut sekatan perintah berkurung buat masa ini.

"Saya boleh mengesahkan pada hari ini bahawa buat pertama kali, kita telah melepasi tahap paling teruk penyakit ini. Kita telah melepasi tahap paling teruk dan kini melihat kes-kes mula merosot, dan kita mempunyai banyak sebab untuk bersikap positif bagi jangka masa panjang," kata Encik Johnson.

Britain mencatat jumlah kematian kedua tertinggi di Eropah dengan 26,771 kematian.- Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg