WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump semalam mengenakan sekatan ke atas 271 individu yang dikaitkan dengan sebuah agensi di Syria yang didakwa bertanggungjawab menghasilkan senjata bukan konvensional.
Ia sebahagian daripada tindakan tegas berterusan Amerika Syarikat ke atas Syria berikutan dakwaan bahawa Presiden Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia ke atas rakyatnya.