JOHOR: Kerajaan negeri Johor akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata kerajaan negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merasa terharu dengan kejadian tersebut.